Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Netanyahu tawar AS$5j bagi tebusan dibebaskan

Netanyahu ke Gaza, pastikan Hamas tidak lagi perintah Gaza selepas perang tamat
Nov 20, 2024 | 1:21 PM
Perdana Menteri Israel, Encik  Benjamin Netanyahu, dalam lawatannya ke Gaza pada 19 November, berkata Hamas tidak akan memerintah wilayah itu selepas perang berakhir.
Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dalam lawatannya ke Gaza pada 19 November, berkata Hamas tidak akan memerintah wilayah itu selepas perang berakhir. - Foto REUTERS

JALURAN GAZA: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, semasa lawatan ke Gaza pada 19 November menyatakan bahawa Hamas tidak akan memerintah wilayah Palestin selepas perang tamat dan Israel telah memusnahkan keupayaan ketenteraan kumpulan itu.

Encik Netanyahu juga berkata Israel tidak berputus asa untuk mencari baki 101 tebusan yang dipercayai masih berada di Gaza dan beliau menawarkan ganjaran AS$5 juta ($6.7 juta) untuk pemulangan setiap daripada mereka.

“Sesiapa yang berani mencederakan tebusan kami akan terkena darah di kepala mereka. Kami akan memburu dan mendapatkan anda.

“Sesiapa yang membawa kami tebusan akan diberi jalan selamat untuk mereka dan keluarganya keluar. Pilihan di tangan anda, tetapi hasilnya tetap sama. Kami akan mendapatkan mereka semua kembali,” kata Encik Netanyahu.

Komen itu dibuat dalam rakaman video ketika Encik Netanyahu melawat Gaza bersama Menteri Pertahanan Israel dan ketua tenteranya.

Dalam pada itu, kumpulan Hamas dan puak Gaza yang lain telah membentuk pasukan bersenjata untuk menghalang kumpulan perompak konvoi bantuan kemanusiaan yang masuk ke wilayah itu.

Demikian dinyatakan oleh penduduk dan sumber yang rapat dengan kumpulan itu susulan peningkatan kes rompakan bekalan yang terhad, lapor Reuters.

Sejak ditubuhkan pada November di tengah-tengah meningkatnya kemarahan orang ramai terhadap rampasan bantuan dan kenaikan harga, pasukan baru itu telah mengadakan beberapa operasi menyerang hendap perompak.

Ia turut membunuh beberapa orang dalam pertempuran bersenjata, kata sumber tersebut.

Usaha Hamas mendapatkan bekalan bantuan menunjukkan kesukaran yang akan dihadapi Israel selepas perang Gaza tamat.

Israel menuduh Hamas merampas bantuan.

Namun kumpulan itu menafikannya dan menuduh Israel cuba mencetuskan anarki di Gaza dengan menyasarkan polis yang mengawal konvoi bantuan.

Jurucakap tentera Israel tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai unit Hamas yang memerangi perompak itu.

Kumpulan bersenjata dilaporkan semakin menyerbu konvoi bekalan, merampas trak dan menjual hasil rompakan di pasaran Gaza dengan harga yang terlalu tinggi.

Selain mencetuskan kemarahan terhadap tentera Israel, masalah itu juga menimbulkan persoalan mengenai Hamas kerana ketidakupayaannya membanteras kumpulan perompak itu.

Sementara itu, Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan berkata pada 19 November bahawa negaranya enggan membenarkan Presiden Israel, Encik Isaac Herzog, menggunakan ruang udaranya untuk menghadiri sidang puncak iklim COP di Azerbaijan, menonjolkan pendirian Ankara di tengah-tengah ketegangan dengan Israel.

“Kami tidak membenarkan presiden Israel menggunakan ruang udara kami untuk menghadiri sidang kemuncak COP. Kami cadangkan laluan alternatif dan pilihan lain,” kata Encik Erdogan kepada pemberita ketika ditemui di Sidang Puncak G20 di Brazil.

Encik Herzog akhirnya membatalkan lawatan itu.

Turkey menarik balik dutanya di Israel selepas perang Gaza meletus pada 7 Oktober 2023, tetapi tidak secara rasmi memutuskan hubungannya dengan Israel.

“Tetapi sama ada beliau dapat pergi atau tidak, saya sejujurnya tidak tahu,” kata Encik Erdogan mengenai lawatan Encik Herzog ke Baku, Azerbaijan. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg