Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN SERANGAN DI NEW ZEALAND

NZ anjur upacara negara 29 Mac

Mar 25, 2019 | 05:30 AM



CHRISTCHURCH: New Zealand akan mengadakan upacara peringatan negara pada 29 Mac ini bagi mengenang mangsa serangan pengganas di dua masjid Christchurch dan keluarga mereka, kata Pejabat Perdana Menteri negara itu semalam.



Upacara berbilang agama itu akan diadakan di Christchurch dua minggu setelah warga Australia menembak mati 50 Muslim di dua masjid itu ketika mahu menunaikan solat Jumaat pada 15 Mac lalu.



"Upacara peringatan negara itu menyediakan peluang bagi Cantabrians (penduduk kawasan Christchurch), New Zealand dan warga dunia agar bersatu dan memperingati mangsa serangan pengganas itu," kata Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, dalam kenyataan tersebut.



"Seminggu sejak serangan pengganas yang tidak pernah berlaku sebelum ini, negara kita telah bersedih sebagai satu dan juga mengasihi sebagai satu.



"Upacara ini peluang bagi rakyat New Zealand sekali lagi menonjolkan keihsanan, sikap inklusif dan menghargai perbezaan; nilai yang akan kita pelihara bersama," katanya.



Serangan pengganas itu telah menggemparkan New Zealand, negara yang lazimnya aman.



Warga dunia pun ikut terperanjat atas tindakan lelaki bersenjata itu menayangkan pembunuhan secara langsung di Internet.



Namun, sejak kejadian itu, rakyat New Zealand memberi respons yang padu serta menyokong masyarakat Muslim negara yang jumlahnya kecil.



Selain 50 jiwa terkorban, serangan itu mencederakan puluhan lain.



Sebilangannya cedera parah.



Brenton Tarrant, lelaki Australia berusia 28 tahun, ditangkap sejurus pembunuhan berlaku.



Dia dikenakan tuduhan membunuh di mahkamah. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >