Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NZ umum biaya tambahan bina semula Auckland lepas banjir

Feb 06, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON (New Zealand): Para pekerja membersihkan jalan yang terhalang oleh tanah runtuh yang berlaku setelah hujan lebat dan banjir melanda daerah pinggir Auckland, New Zealand, Rabu lalu.



Khamis lalu, pemerintah New Zealand mengumumkan pembiayaan tambahan sebanyak NZ$700,000 ($596,000) demi membantu membina semula Auckland yang dilanda banjir dan kawasan lain sedang penduduk di bandar kedua terbesar negara tersebut mula membuat kerja pembersihan.



Auckland, dan sebahagian besar kawasan atas Pulau Utara New Zealand telah dilanda hujan lebat yang memecah rekod pada minggu lalu.



Pihak berkuasa berkata ia sebahagiannya telah diburukkan lagi oleh perubahan iklim.



Seramai empat orang meninggal dunia dalam banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan jalan raya untuk tertutup, dan merosakkan rumah, ladang serta perniagaan.



"Perkara utama yang kita perlu lakukan sekarang adalah untuk menyokong orang ramai mengharungi tempoh terdekat ini," kata Perdana Menteri New Zealand, Encik Chris Hipkins.



"Tentu sekali, pemerintah akan terus melihat bagaimana kita boleh sebaik mungkin menyokong mereka yang kehidupan mereka telah tunggang terbalik." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >