Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Paderi Filipina diheret ke mahkamah kerana pemerdagangan seks kanak-kanak

Sep 9, 2024 | 11:26 AM
Paderi Apollo Quiboloy, pengasas gereja Kingdom of Jesus Christ yang berpangkalan di Filipina dan mempunyai berjuta ahli, diheret ke mahkamah pada 9 September, lima bulan selepas mengelak beberapa waran tangkap dan pemburuan besar-besaran selama dua minggu di Bandar Davao.
Paderi Apollo Quiboloy, pengasas gereja Kingdom of Jesus Christ yang berpangkalan di Filipina dan mempunyai berjuta ahli, diheret ke mahkamah pada 9 September, lima bulan selepas mengelak beberapa waran tangkap dan pemburuan besar-besaran selama dua minggu di Bandar Davao. - Foto AFP

MANILA: Seorang paderi Filipina, Apollo Quiboloy, akhirnya diheret ke mahkamah pada 9 September selepas lima bulan mengelak beberapa waran tangkap dan pemburuan besar-besaran selama dua minggu di Bandar Davao.

Quiboloy dihadapkan ke Mahkamah Perbicaraan Wilayah (RTC) Bandar Quezon atas tuduhan penderaan seksual dan kezaliman terhadap kanak-kanak.

Ia adalah tuduhan yang boleh diikat jamin – 180,000 peso ($4,165) untuk penderaan seksual kanak-kanak bawah umur dan 80,000 peso bagi kekejaman kanak-kanak.

Paderi yang mengaku sebagai ‘anak tuhan’ dan sekutu mantan presiden Rodrigo Duterte itu ialah pengasas gereja Kingdom of Jesus Christ yang berpangkalan di Filipina dan mempunyai berjuta-juta ahli.

Quiboloy ditangkap pada malam 8 September, selepas dua minggu operasi polis bagi menjejaknya di sekitar pekarangan gereja itu di Bandar Davao.

Polis berkata Quiboloy diberi kata dua selama 24 jam pada 6 September sebelum polis menggempur bangunan utama di kompleks itu.

Namun, paderi itu menyerah diri kepada Perkhidmatan Perisikan Angkatan Tentera Filipina (ISAFP) selepas rundingan pada 8 September, kata polis.

Quiboloy juga dikehendaki di Amerika Syarikat kerana pemerdagangan seksual kanak-kanak.

Perbicaraan defendan terbabit yang lain dan dalam tahanan sedang berjalan di California.

Amerika perlu memohon ekstradisi jika mahu Quiboloy dibicarakan di negara itu.

Jabatan Kehakiman Amerika mendakwa Quiboloy pada 2021 kerana pemerdagangan seks terhadap gadis dan wanita berusia antara 12 dengan 25 tahun untuk bekerja sebagai pembantu peribadi, atau ‘pastoral’, yang didakwa dikehendaki melakukan hubungan seks dengannya.

Setiausaha Kehakiman Filipina, Encik Jesus Crispin Remulla, berkata Quiboloy “akan dibicarakan dahulu di Filipina atas jenayah yang dilakukannya di sini, dan jika sabit kesalahan, mesti menjalani hukumannya sebelum membenarkan sebarang permintaan ekstradisi oleh Amerika”. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg