Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pakar Amerika, S’pura bantu siasatan pesawat terhempas di Selangor

Aug 21, 2023 | 04:51 PM



SHAH ALAM: Seramai 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat berada di lokasi nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Elmina, pada Isnin bagi menjalankan siasatan punca nahas pesawat itu dan membantu mencari petunjuk di kawasan nahas pesawat.


Penyiasat dari Biro Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan syarikat pengeluar pesawat dilihat pada Isnin mengutip serpihan daripada nahas itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata semua mereka dijangka berada di negara ini selama tujuh hingga 10 hari bagi menyiasat punca nahas itu.

“Semua mereka tiba di negara ini semalam dan pagi ini (Ahad dan Isnin) sudah mulakan siasatan.

“Kita menjangkakan operasi membawa keluar bangkai pesawat akan selesai hari ini dan sekiranya tidak sempat, kita akan terus menempatkan anggota untuk memantau keadaan di lokasi kejadian kerana tidak mahu ada aktiviti yang di luar jangkaan,” katanya.

Encik Mohd Iqbal berkata, lapan pegawai BSKU turut terbabit dalam penyiasatan nahas pesawat yang mengorbankan 10 individu itu.

Khamis lalu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina mengorbankan 10 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Terdahulu pakar Singapura turut membantu mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam pesawat sebelum terhempas setelah BSKU berdepan kesukaran mendapatkan data daripada kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat yang terhempas selepas disahkan hangus terbakar.

Pada Ahad, Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata pihak berkuasa itu berjaya membuka CVR terbabit dan berjaya mengeluarkan komponen memory puck yang mengandungi data rakaman suara dalam pesawat terbabit.


Katanya, CVR bersama komponen memory puck itu sudah dihantar ke makmal Biro Siasatan Keselamatan Pengangkutan di Singapura untuk mendapatkan rakaman suara 30 minit terakhir dalam kokpit pesawat berkenaan.


“Apabila (CVR) dihantar ke makmal BSKU, (mereka) mendapati CVR terbabit rosak teruk di bahagian luarnya dan selepas itu kita mendapat tawaran bantuan teknikal daripada pihak Singapura,” ujar Encik Loke. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >