Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakar ekonomi calon perdana menteri baru Penguasa Palestin

Mar 14, 2024 | 02:24 PM



RAMALLAH: Pakar ekonomi yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri, Dr Mohammad Mustafa, dijangka dinamakan sebagai Perdana Menteri Pihak Penguasa Palestin (PA) oleh Presiden Mahmoud Abbas, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk tadbir urus Gaza dan Tebing Barat selepas perang.


Jawatan itu kini kosong selepas Encik Mohammed Shtayyeh meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Februari untuk memberi laluan kepada pemerintah yang terdiri daripada golongan teknokrat dan ahli perniagaan.

Dr Mustafa, 69 tahun, yang dihormati oleh banyak pihak berkepentingan antarabangsa, memegang ijazah kedoktoran dalam bidang ekonomi dari Universiti George Washington dan pernah bekerja selama 15 tahun di Bank Dunia.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Palestin dari 2013 hingga 2014, Menteri Ekonomi, Penasihat Ekonomi Encik Abbas dan Pengerusi Dana Pelaburan Palestin sejak 2005.

Pengalaman luasnya itu antara sebab beliau dikatakan mendapat sokongan sekutu rapat Encik Abbas.

Pegawai yang dipetik oleh The Times of Israel berkata bahawa Dr Mustafa telah mengadakan pertemuan dengan bakal anggota kabinet dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan telah mengadakan lawatan ke Washington.


Pengumuman itu dijangka dibuat dalam beberapa hari akan datang dan akan memulakan proses yang boleh menyaksikan Encik Abbas, Presiden Penguasa Palestin selama 16 tahun, berundur.

Laporan The New York Times pada Januari memetik pegawai Arab, Israel dan Amerika membincangkan rancangan memindahkan kuasa daripada Encik Abbas kepada perdana menteri baru selepas perang berakhir di Gaza.


Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Encik Abbas, 88 tahun, tidak popular di dalam negara dan telah menyebabkan diplomat antarabangsa kecewa dengan ketidakupayaannya untuk melaksanakan pembaharuan kepada Penguasa Palestin, yang telah lama dibelenggu oleh dakwaan rasuah.

Dr Mustafa yang berpendidikan di Amerika, tidak sehaluan dengan kumpulan Fatah atau Hamas dan oleh itu sikap berkecualinya menarik perhatian tokoh Palestin dan serantau yang mahu melihat pemerintah yang dapat merapatkan tadbir urus Gaza dan Tebing Barat yang telah berpecah belah.

Bagaimanapun, golongan pemerhati berpendapat hubungannya yang rapat dengan Encik Abbas boleh mengurangkan jangkauannya untuk memperbaharui Pihak Penguasa Palestin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >