Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakistan kerah tentera di ibu kota, arah tembak penunjuk perasaan jika perlu

Nov 27, 2024 | 11:18 AM
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) dalam bantahan menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dari penjara.
Polis melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan penyokong Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) dalam bantahan menuntut pembebasan bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dari penjara. - Foto AFP

ISLAMABAD: Pakistan mengerahkan tenteranya di ibu kota negara itu pada 26 November dengan arahan menembak penunjuk perasaan, jika perlu, ketika pertempuran maut meningkat antara polis dengan penyokong bekas perdana menteri, Imran Khan.

Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya enam anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam keganasan itu, apabila ribuan penunjuk perasaan berarak ke Islamabad untuk menuntut pembebasan Imran dari penjara.

Mereka berkata empat anggota separuh tentera dibunuh oleh penunjuk perasaan yang melanggar mereka dengan kenderaan dan dua pegawai polis dilaporkan terbunuh dalam keganasan sebelum ini.

Parti Imran, Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI), menafikan tuduhan itu.

Perdana Menteri, Encik Shehbaz Sharif, menyalahkan penunjuk perasaan atas kematian askar, menuduh mereka merempuh tentera dengan konvoi kenderaan.

“Ia bukan bantahan aman. Ia adalah ekstremisme,” katanya dalam satu kenyataan, untuk mencapai “matlamat politik jahat”.

Pegawai hospital memberitahu media sekurang-kurangnya empat orang awam meninggal dunia akibat terkena tembakan dan lebih 50 yang lain dirawat kerana pelbagai kecederaan di dua hospital pemerintah.

Dalam satu sidang media pada 26 November, Menteri Dalam Negeri, Encik Mohsin Naqvi, dan Menteri Penerangan, Encik Attaullah Tarar, menafikan polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Polis sebelum ini menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan, yang menuju ke arah dataran awam berhampiran pejabat pemerintah utama untuk mengadakan perhimpunan.

Imran, ahli politik yang amat popular dan bekas bintang kriket yang dipenjara sejak Ogos 2023, menggesa penyokongnya mengadakan bantahan pada 23 dan 24 November.

Dia menuduh pemerintah dan tentera berkomplot untuk menghancurkan partinya dan menjejas demokrasi.

Imran turut mengkritik perubahan undang-undang baru-baru yang mengehadkan kuasa badan kehakiman Pakistan, dengan alasan ia bertujuan menghalangnya daripada kembali berkuasa.

Pemerintah menyifatkan Imran sebagai tokoh yang ingkar kedaulatan undang-undang dan menuduhnya menyebabkan huru-hara melalui bantahannya.

Islamabad diletak di bawah perintah berkurung pada 23 dan 24 November tetapi penunjuk perasaan berjaya memasuki ibu kota itu pada malam 25 November.

Pegawai keselamatan berkata pada 26 November tentera dikerah mengawal bangunan pemerintah penting dan diarahkan menembak jika perlu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg