Pakistan, Saudi, Turkey, Mesir usaha penyelesaian kekal konflik As-Israel-Iran
Pakistan, Saudi, Turkey, Mesir usaha penyelesaian kekal konflik As-Israel-Iran
Mar 30, 2026 | 11:16 AM
Pakistan, Saudi, Turkey, Mesir usaha penyelesaian kekal konflik As-Israel-Iran
Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Luar Pakistan menunjukkan Menteri Luar Turkey Hakan Fidan; Menteri Luar Arab Saudi Faisal bin Farhan Al Saud, Menteri Luar Mesir Badr Abdelatty serta Timbalan Perdana Menteri Pakistan Ishaq Dar menghadiri pertemuan di Islamabad, Pakistan pada 29 Mac 2026.
Pertemuan ini menghimpunkan pemain utama serantau dalam usaha diplomatik berterusan untuk meredakan ketegangan susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran, dengan perbincangan tertumpu kepada de-eskalasi dan kestabilan serantau. - Foto EPA
ISLAMABAD: Pakistan bersama Arab Saudi, Turkey dan Mesir membincangkan langkah bagi menamatkan konflik di Asia Barat dengan segera dan berkekalan dalam satu pertemuan di Islamabad, menurut Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar.
Pertemuan itu dilihat sebagai usaha meredakan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran, dengan Pakistan memainkan peranan sebagai pengantara utama. Encik Dar berkata semua pihak menyatakan keyakinan terhadap peranan Islamabad, manakala China turut menyokong usaha untuk menjadi tuan rumah rundingan antara kedua-dua negara.
Laporan berkaitan
Diplomasi telefon Pakistan hubungkan Washington, Teheran dalam usaha tamat perangMar 27, 2026 | 11:46 AM
Iran tolak rundingan meski AS dakwa usaha damai berterusan Mar 26, 2026 | 12:16 PM

