Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Palestin gesa PBB pertingkat usaha cegah serangan Israel

Oct 14, 2023 | 01:42 PM



NEW YORK: Wakil Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, pada Jumaat untuk meningkatkan usaha menghentikan “jenayah terhadap kemanusiaan” oleh Israel.


“Beliau perlu melakukan lebih banyak lagi. Apa yang telah dilakukan tidak mencukupi.

“Kami memerlukan semua untuk melakukan lebih banyak lagi untuk menghentikan jenayah terhadap kemanusiaan ini,” kata utusan Palestin, Encik Riyad Mansour, kepada media sebelum mesyuarat duta Kumpulan Arab di PBB.

Negara-negara menggesa Israel pada Jumaat untuk menangguhkan serangan di utara Gaza, di mana lebih sejuta orang awam sebahagian besarnya mengingkari arahan Israel untuk berpindah sebelum ia mengambil tindakan terhadap kumpulan Hamas yang menyerang orang awam Israel hujung minggu lalu.

Duta Israel PBB, Encik Gilad Erdan, berkata pada Jumaat bahawa Israel telah memberi amaran kepada penduduk di utara Gaza “agar berpindah buat sementara waktu ke selatan... untuk mengurangkan bahaya kepada orang awam”.

Beliau berkata demikian pada majlis yang dianjurkan Israel di PBB bersama keluarga Israel yang diculik oleh Hamas dan dibawa ke Gaza dalam serangan itu.

Encik Guterres memberi taklimat kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC) secara tertutup pada Jumaat.

“Keadaan di Gaza telah mencapai tahap rendah baru yang berbahaya,” katanya kepada media dalam perjalanan ke taklimat itu, sambil menambah beliau sentiasa berhubung dengan para pemimpin di seluruh rantau itu untuk mencuba dan “mencegah keadaan menjadi lebih bahaya di Tebing Barat atau di tempat lain di rantau ini, terutamanya di selatan Lebanon”.

Encik Guterres mengingatkan pihak-pihak: “Malah peperangan mempunyai peraturan... Orang awam mesti dilindungi dan tidak harus digunakan sebagai perisai.”

Semasa pertemuan itu, Russia mencadangkan draf resolusi untuk UNSC bagi menyeru gencatan senjata kemanusiaan dan mengutuk keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan keganasan, menurut draf teks yang dilihat oleh Reuters.


“Russia tidak boleh menerima bahawa UNSC langsung tidak mengambil tindakan dan tidak memberi sebarang reaksi,” kata Duta Besar Russia ke PBB, Encik Vassily Nebenzia, selepas mesyuarat itu, sambil menambah bahawa Russia juga bersedia untuk menjadi pengantara antara Israel dengan Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >