Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Palestin tetapkan syarat bagi persetujuan perjanjian bersejarah Saudi-Israel

Sep 07, 2023 | 02:00 PM



BAITULMAKDIS: Wang tunai ratusan juta dolar dan lebih banyak kawalan ke atas tanah di Tebing Barat yang diduduki adalah antara tuntutan Palestin sekiranya persetujuan dicapai dalam perjanjian tiga hala melibatkan Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Israel.


Pegawai dari Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengadakan perbincangan di Riyadh dengan rakan sejawatan Arab Saudi pada Rabu.

Mereka juga merancang untuk bertemu para pegawai Amerika yang telah lama mendesak perlunya pakatan dijalin untuk memulihkan hubungan Israel-Saudi.

“Kami tidak menjangkakan sebarang pengumuman atau penemuan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat,” kata Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Encik Jake Sullivan, pada Selasa.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkemungkinan melihat perjanjian Saudi-Israel sebagai hadiah dasar luar yang boleh disampaikannya kepada para pengundi menjelang pilihan raya tahun 2024.

Arab Saudi adalah pemimpin dunia Arab dan Islam. Ia tidak pernah secara rasmi mengiktiraf Israel sejak penubuhan negara itu pada 1948.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, bercakap mengenai kemungkinan itu bulan lalu, dengan mendakwa: “Kami akan menyaksikan paksi sejarah.”

Sebagai balasan untuk mengiktiraf Israel, Arab Saudi dikatakan menuntut jaminan Amerika untuk membekalkan senjata canggih buatan Amerika dan, yang paling dipertikaikan, program nuklear awam termasuk pengayaan uranium dalam negara.

Israel pula dijangka mendapat manfaat daripada hubungan perdagangan dan pertahanan dengan kuasa besar Teluk dan integrasi bersejarah yang sentiasa dicari di rantau ini, berikutan daripada perjanjian normalisasi negara Arab lain yang diuruskan pada 2020.

“Ini melibatkan perjanjian keselamatan dan perdagangan. Maju ke tahun 2023, dan kita kini melihat bahawa Arab Saudi juga mahu terlibat dalam perkara ini,” kata Cik Diana Buttu, bekas penasihat undang-undang kepada pasukan rundingan rasmi Palestin.

Pasukan pegawai tertinggi Palestin di Riyadh – termasuk dua tokoh yang dilihat paling rapat dengan Presiden Mahmoud Abbas, ketua perisikan PA, Encik Majed Faraj, dan Encik Hussein al-Sheikh, setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin – bertemu penasihat keselamatan negara Saudi Encik Musaed al-Aiban pada Rabu, menurut seorang pegawai kanan Palestin yang rapat dengan perbincangan itu.

Senarai tuntutan mereka sebagai balasan untuk melibatkan diri dengan proses yang disokong Amerika telah ditetapkan semasa pertemuan dengan Penolong Setiausaha Negara Amerika, Cik Barbara Leaf, minggu lepas di Amman.

Pegawai Palestin memberitahu agensi berita BBC bahawa tuntutan itu termasuk:


[ο] Memindahkan bahagian Tebing Barat yang kini berada di bawah kawalan penuh Israel (dikenali sebagai Kawasan C di bawah perjanjian damai Oslo 1990-an) kepada tadbir urus Pihak Berkuasa Palestin;

[ο] Pemberhentian sepenuhnya pembukaan penempatan Israel di Tebing Barat;

[ο] Menyambung semula sokongan kewangan Arab Saudi kepada PA, yang perlahan dari 2016 dan berhenti sepenuhnya tiga tahun lalu;

[ο] Membuka semula konsulat Amerika di Baitulmakdis Timur yang diduduki Israel; dan

[ο] Menyambung semula rundingan yang diketengahkan Amerika antara Israel dan Palestin. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >