Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISU DARI MALAYSIA

Pandangan dari lensa warga S'pura di M'sia

Mereka memainkan peranan penting mengetengahkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu dan perkembangan di Malaysia dan Timur Tengah. Dengan pemahaman mendalam tentang konteks, bahasa dan budaya tempatan, mereka juga dapat menawarkan perspektif dan pandangan yang unik lagi berharga tentang peristiwa dan cabaran di seluruh dunia menerusi liputan dan analisis mereka berhubung perkembangan politik, ekonomi, sosial dan budaya. Berita Minggu memaparkan koresponden/penulis sambilan BERITA HARIAN yang telah dan akan menyumbang kepada halaman luar negara akhbar ini daripada lensa Malaysia dan Timur Tengah.
Mar 12, 2023 | 05:30 AM



PENGALAMANNYA dalam industri media cukup meluas, bukan sahaja dalam pelbagai wadah tetapi juga melibatkan pelbagai liputan di seluruh dunia.



Bermula sebagai wartawan penyiaran berita bahasa Inggeris serta penyampai berita radio dan televisyen dalam bahasa Melayu di Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC) sekitar empat dekad lalu, Encik Basir Ahmad Siswo, 65 tahun, pernah menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden saluran televisyen Suria sebelum berkhidmat sebagai Editor Kanan Ehwal Semasa bersama Al Jazeera International News Network di Doha, Qatar.



Beliau juga pernah menjadi wartawan Berita Harian. Bahkan, Encik Basir yang berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia, pada 2010 juga menyertai syarikat media Astro Measat sebagai Konsultan Kreatif dan kini menubuhkan syarikat penerbitan dokumentari televisyen dan berita, The Newsroom.



Antara dokumentari yang pernah dihasilkan sebagai pengarah/penerbit eksekutif termasuk Tun Razak - 40 tahun dalam Kenangan pada 2016; Sultan Azlan Shah pada 2017, Tun Mahathir Mohamad - Perjuangan Belum Selesai pada 2019 serta Yang Di Pertuan Agong - Bertakhta di Hati Rakyat pada 2020.



Beliau juga pernah menerima anugerah dokumentari terbaik Malaysia pada 2010, 2012 dan 2018.



Setelah lebih sedekad tinggal di Malaysia, beliau berharap dapat menyumbang pandangannya dan menyampaikan berita daripada pengamatan peribadi seorang warga Singapura yang memahami denyut nadi kehidupan di Malaysia menerusi penulisannya dalam halaman luar negara Berita Harian.




"Timbul kesedaran semasa pandemik Covid-19 apabila sempadan ditutup, saya boleh membuat sumbangan dengan menulis tentang perkembangan di Malaysia untuk merapatkan persefahaman dan rasa saling menghormati antara warga Singapura dengan Malaysia.
Yang penting ialah sumbangan saya bukan seperti laporan berita yang boleh dikutip daripada agensi berita Malaysia.
Sebahagian besar laporan saya adalah daripada pengamatan peribadi seorang warga Singapura yang memahami denyut nadi kehidupan di Malaysia."
- Encik Basir Ahmad Siswo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >