Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panglima tentera AS lepaskan jawatan di Afghanistan

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



KABUL: Panglima tentera Amerika Syarikat, Jeneral Austin "Scot" Miller" telah melepaskan kuasa pemerintahannya kelmarin dalam satu acara rasmi di ibu kota Afghanistan, sekali gus mengakhiri penglibatan Amerika dalam peperangan paling lamanya.



Acara itu berlangsung sedang anggota Taleban semakin kental dalam menawan wilayah di serata Afghanistan.



Jeneral Miller menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pegawai tertinggi Amerika di Afghanistan - Jeneral Kenneth McKenzie, menurut laporan koresponden agensi berita AFP di majlis di Kabul itu.



Jeneral Miller telah berada di Afghanistan sejak 2018, tetapi pada Mei lalu, kepimpinannya dipimpin oleh Presiden Joe Biden, yang menganjurkan pengunduran penuh tentera Amerika, yang harus dimuktamadkan pada akhir Ogos ini.



Sejak Mei, kebanyakan daripada 2,500 askar Amerika yang tinggal telah pun pulang, dan Amerika telah menyerahkan Pangkalan Udara Bagram di mana ia melancarkan operasi ke atas anggota Taleban dan kumpulan militan sejak dua dekad lalu, kepada tentera Afghanistan.



Kira-kira 650 anggota perkhidmatan Amerika dijangka ditugaskan di Kabul bagi mengawal bangunan diplomatik Amerika di Kabul, di mana acara penyerahan tugas pangliman tentera itu diadakan.



Pegawai kanan Afghanistan dan pegawai tentera menghadiri majlis yang diadakan di zon hijau yang diperkukuh keselamatannya itu.



Sedang majlis tersebut digambarkan askar veteran sebagai pengakhiran penglibatan Amerika di Afghanistan, ia tidak jelas dalam memberi jaminan kepada pemerintah Afghanistan yang disokong Barat terhadap usaha menangani serangan terbuka anggota Taleban yang punya kekuatan tentera di lapangan setelah menawan pelbagai wilayah sejak pengunduran tentera Amerika.



Jeneral McKenzie, panglima tentera marin Amerika yang berpangkalan di Florida dan memantau pasukan negara itu di Afghanistan, Iraq dan Syria, berkata:



"Sememangnya ia adalah sangat berbeza daripada apa yang berlaku sebelumnya. Saya tidak mahu mengurangkannya tetapi kami akan membantu mereka."



Beliau, bagaimanapun, menarik perhatian bahawa anggota Taleban, menurut pandangannya, sedang mencari "satu huraian ketenteraan" ke atas peperangan yang Amerika gagal untuk menamatkannya dengan satu perjanjian damai antara anggota Taleban dan pemerintah Afghanistan di bawah pimpinan Presiden Ashraf Ghani. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >