Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen maklumkan SPR mengenai kekosongan kerusi ekoran kematian AP Pulai

Jul 25, 2023 | 2:00 PM
ALLAHYARHAM DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB: Meninggal dunia pada Ahad 22 Julai 2023, setelah mengalami pendarahan otak.
ALLAHYARHAM DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB: Meninggal dunia pada Ahad 22 Julai 2023, setelah mengalami pendarahan otak. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi parlimen Pulai yang tidak dijangka, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Katanya, pemberitahuan itu dihantar pada Selasa (25 Julai) selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

“Ini bagi memaklumkan kerusi itu kosong selepas pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, pada Ahad (23 Julai).

“Justeru, mengikut artikel tersebut, SPR perlu mengisi kekosongan kerusi parlimen Daerah P 161 di Pulai, Johor dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang disahkan oleh SPR,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Parlimen Malaysia merakamkan doa dan takziah kepada keluarga Allahyarham Salahuddin.

Datuk Salahuddin, yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, kira-kira 9 malam pada Ahad.

Allahyarham Salahuddin, 61 tahun, mengalami pendarahan otak pada 10.15 malam Sabtu (22 Julai) dan menjalani pembedahan pagi Ahad.

Beliau bertanding pada PRU14 pada 2018 di bawah Pakatan Harapan dan memenangi kedua-dua kerusi parlimen Pulai dan kerusi DUN Johor Simpang Jeram. – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg