Parti pembangkang Thailand fail aduan jenayah terhadap pesuruhjaya pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parti pembangkang Thailand fail aduan jenayah terhadap pesuruhjaya pilihan raya

Feb 26, 2026 | 4:58 PM

Parti pembangkang Thailand fail aduan jenayah terhadap pesuruhjaya pilihan raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Orang ramai memegang plakad semasa protes menuntut pengiraan semula undi di seluruh negara ketika Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) berdepan tekanan berhubung dakwaan ketidakaturan dan kurang ketelusan dalam pengiraan undi di lebih sedozen kawasan pilihan raya selepas pilihan raya umum 8 Februari, di Bangkok, Thailand, 14 Februari 2026.
Orang ramai memegang plakad semasa protes menuntut pengiraan semula undi di seluruh negara ketika Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) berdepan tekanan berhubung dakwaan ketidakaturan dan kurang ketelusan dalam pengiraan undi di lebih sedozen kawasan pilihan raya selepas pilihan raya umum 8 Februari, di Bangkok, Thailand, 14 Februari 2026. - Foto REUTERS

BANGKOK: Parti reformis Parti Rakyat yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya umum Thailand Februari lalu memfailkan aduan jenayah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu, menuduh badan berkenaan melanggar undang-undang pilihan raya.

Timbalan pemimpin parti, Encik Wayo Assawarungruang, berkata pihaknya mengemukakan kes di mahkamah jenayah terhadap tujuh pesuruhjaya pilihan raya, setiausaha agung suruhanjaya serta seorang lagi pegawai berkaitan.

“Kami mengemukakan tiga pertuduhan. Dua daripadanya berkaitan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas, manakala satu lagi mengenai penggunaan kod QR dan kod bar pada kertas undi yang boleh menjejaki undi serta menjejaskan kerahsiaan pengundi,” katanya kepada AFP.

Langkah itu dibuat sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan kemenangan parti konservatif Bhumjaithai pimpinan Perdana Menteri sementara Encik Anutin Charnvirakul dan meratifikasi sebahagian besar keputusan pengundian.

Menurut suruhanjaya, Bhumjaithai memenangi 170 kawasan Parlimen, jumlah tertinggi antara semua parti, manakala Parti Rakyat yang sebelum ini mendahului tinjauan pra-pilihan raya berada di tempat kedua dengan 88 kerusi.

Kontroversi tercetus selepas beberapa warga dan pakar mendakwa kod QR serta kod bar pada kertas undi berpotensi digunakan untuk mengenal pasti pengundi individu.

Namun Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan dakwaan itu dan menegaskan tanda tersebut hanya bertujuan meningkatkan keselamatan pilihan raya serta menghalang penggunaan kertas undi palsu. “Penandaan itu bukan untuk menjejak pengundi, tetapi bagi memastikan integriti proses pengundian,” menurut kenyataan suruhanjaya sebelum ini.

Mahkamah Jenayah bagi Kes Rasuah dan Salah Laku memaklumkan akan memutuskan sama ada menerima kes tersebut selewat-lewatnya 24 Mac, kata Encik Wayo.

Jika kes diteruskan, sembilan individu terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta kehilangan hak politik selama sedekad.

Tiada parti memperoleh majoriti mudah dalam pilihan raya itu. Bhumjaithai kemudian bersetuju membentuk kerajaan campuran bersama parti populis Pheu Thai, yang berada di tempat ketiga dan dikaitkan dengan bekas pemimpin Encik Thaksin Shinawatra.

Parti Rakyat pula mengumumkan akan memainkan peranan sebagai pembangkang.

Kemenangan Bhumjaithai dianggap pencapaian terbaik parti pro-tentera dan pro-monarki itu, didorong gelombang nasionalisme susulan dua pusingan pertempuran sempadan berdarah dengan Kemboja pada 2025.

Sebaliknya, Pheu Thai mencatat keputusan paling buruk dalam sejarah politiknya pada abad ke-21.
Kedua-dua parti sebelum ini pernah bekerjasama dalam kerajaan, namun kerjasama itu berakhir pada Jun apabila Encik Anutin menarik diri selepas perbualan telefon bocor melibatkan bekas perdana menteri Pheu Thai, Cik Paetongtarn Shinawatra.

Kerajaan baharu Thailand bakal berdepan beberapa cabaran besar, termasuk pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta sektor pelancongan yang masih belum pulih sepenuhnya ke tahap sebelum pandemik Covid-19.

Selain itu, pentadbiran baharu juga perlu menangani kesan rangkaian penipuan siber bernilai berbilion dolar yang beroperasi di rantau ini.

Parti Rakyat menegaskan tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya penting bagi memastikan kepercayaan awam terhadap sistem demokrasi dipulihkan. “Kami mahu proses pilihan raya benar-benar telus dan setiap undi kekal rahsia seperti dijamin undang-undang,” kata Encik Wayo. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg