Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pasangan diberkas lepas bahan letupan ditemui di flat Pulau Pinang

Oct 10, 2023 | 12:13 PM



BUTTERWORTH (Pulau Pinang): Polis menangkap seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita warga asing berusia 38 tahun selepas menemui sebungkus bom IED buatan sendiri di flat mereka di Taman Pandan pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner (ACP) Mohd Asri Shafie, berkata polis menerima panggilan daripada seorang wanita pada 1.05 tengah hari yang memaklumkan satu bungkusan dipercayai mengandungi bahan letupan ditemui di flat itu.

Menyusuli panggilan itu, skuad pemusnah bom, forensik dan K9 (Unit Anjing) dihantar ke lokasi dan menurut saksi, satu letupan berlaku di depan sebuah rumah dan selepas pemeriksaan, polis mendapati bungkusan itu mengandungi bahan letupan buatan sendiri.

“Menyusuli pendedahan itu, Jabatan Siasatan Jenayah SPU menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga asing yang merupakan rakan serumah, kira-kira 8.30 malam di kawasan flat Taman Pandan.

“Susulan soal siasat, polis dibawa kepada satu bungkusan bahan letupan, pistol, peluru dan sabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor The Star.


ACP Mohd Asri berkata selepas disoal siasat lanjut, lelaki itu mengaku mempelajari cara pembuatan bom melalui Internet dan bahan itu juga diperoleh dalam talian.

Beliau menambah bahawa kedua-dua suspek tidak positif dadah, tiada rekod jenayah dan kes itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >