Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bom WWII di Upper Bukit Timah berjaya dilupus

Sep 26, 2023 | 05:45 PM



Dua letupan telah dijalankan untuk melupuskan bom Perang Dunia Kedua (WWII) seberat 100kg yang ditemui di tapak binaan di Upper Bukit Timah pada Selasa, selepas lebih 4,000 penduduk berdekatan dipindahkan pada sebelah pagi.

Letupan pertama berlaku pada kira-kira 12.30 tengah hari, diikuti letupan kedua pada 1.45 petang.

Bom udara itu, yang dipercayai salah satu senjata zaman perang terbesar yang ditemui di Singapura, dimusnahkan oleh pasukan pemusnah kelengkapan letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), agensi air negara PUB dan SP Group sedang menilai tapak binaan, jalan raya, longkang berdekatan dan saluran paip, serta kondominium yang dikosongkan dan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi memastikan keselamatan bangunan dan struktur.

Jalan raya yang terjejas dan sebahagian Bukit Panjang Flyover juga masih ditutup, kata polis.

Sebagai langkah berjaga-jaga, khidmat kereta api di Laluan Downtown digantung semasa operasi letupan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu catatan Facebook pada Selasa.

Walaupun kereta api kini berjalan seperti biasa, perkhidmatan bas SMRT yang terjejas, termasuk 67, 176, 178, 961, 970, 979 dan 983, hanya akan disambung semula pada 7 malam apabila jalan raya terjejas dibuka.

Pihak berkuasa telah menasihatkan penduduk pada Ahad supaya jangan berada di rumah antara 8 pagi dengan 7 malam pada Selasa.

Salah satu kawasan yang ditetapkan untuk menempatkan penduduk ialah Pusat Komuniti (CC) Senja-Cashew.

Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, yang juga Anggota Parlimen bagi wad GRC Holland-Bukit Timah di mana bom itu ditemui, telah melawat CC pada pagi Selasa dan bercakap dengan beberapa penduduk.

Dr Balakrishnan berkongsi bahawa pemindahan penduduk berjalan lancar sedang mereka meninggalkan rumah mereka tepat pada masa, dan bekerjasama dengan pihak polis.

Dengan besar hati, beliau berkata: “Di peringkat masyarakat, kami sebenarnya telah membuat persediaan yang berlebihan untuk memastikan terdapat bantuan yang lebih daripada mencukupi.

“Pihak berkuasa memberi tumpuan kepada golongan yang mudah terjejas, terutama mereka yang terlantar di katil supaya mempunyai akses kepada penjagaan harian mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sikap tenang dan kerjasama masyarakat serta ketenangan dan profesionalisme kakitangan dan agensi-agensi kami.”

Menurut Cik Linda Ng, ketua akar umbi Persatuan Rakyat, CC akan menempatkan 1,500 penduduk dan mengadakan program khas seperti tayangan video serta kelas seni pada Selasa.

Operasi pelupusan bom itu turut mengganggu pembelajaran di Sekolah Menengah Greenridge, yang telah beralih kepada dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >