Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan Jokowi-JK menang di 5 wilayah utama

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Jul 10, 2014 | 02:51 PM



HASIL kiraan pantas menunjukkan pasukan Joko Widodo-Jusuf Kalla (Jokowi-JK) meraih kemenangan di lima wilayah utama berbanding hanya dua wilayah sahaja bagi pasukan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa (Prabowo-Hatta).


Pasukan Jokowi-JK menang di Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta (54.71 peratus); Jawa Tengah (67.10); Jawa Timur (53.65); Sumatera Utara (59.77); dan Sulawesi Selatan (71.82).


Pasukan Prabowo-Hatta pula menang di dua wilayah - Jawa Barat (59.80 peratus) dan Banten (58.73).


Sejauh ini, keadaan di Indonesia adalah aman meskipun kedua-dua pasukan saling mengakui telah memenangi pilihan raya presiden yang berlangsung semalam.


Kiraan pantas yang dilakukan lapan lembaga penyelidikan utama menunjukkan pasukan Jokowi-JK telah memenangi pilihan raya ini dengan meraih 53 peratus undi, berbanding 47 peratus undi yang didapatkan pasukan Prabowo-Hatta.


Namun, empat lembaga penyelidikan lain mengisytiharkan gandingan Prabowo-Hatta sebagai memenangi pilihanraya presiden dengan meraih meraih purata 50.97 peratus undi, mengatasi pasangan Jokowi-JK dengan kelebihan tipis 1.94 peratusan mata setelah mendapat 49.03 peratus undi.


Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian, Encik Chairul Tanjung, semasa ditemui pihak media tadi melahirkan rasa syukur pilihan raya presiden semalam berlangsung aman, meskipun belum diketahui secara rasmi siapa pemenangnya.


"Kedua-duanya telah mengisytiharkan kemenangan. Jadi sabar saja menunggu hasil rasmi KPU (Suruhanjaya Pilihan Raya) pada 22 Julai ini," ujarnya yang ditemui di kementeriannya pagi tadi.


Sementara itu, KPU telah mula mengira sejumlah kira-kira 140 juta undi bagi memastikan ia memenuhi tempoh dua minggu sebelum ia mengumumkan pemenang bagi jawatan presiden dan jawatan naib presiden Indonesia.


Jumlah ini membentuk 75 peratus dari seramai 190 juta warga yang telah mendaftar untuk mengundi semasa Pilihan Raya Presiden ke-3 baru lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >