Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CUACA EKSTREM

PBB: Beberapa tempat di dunia tidak mungkin didiami akibat gelombang haba

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Gelombang haba akan menjadi semakin ekstrem di kawasan tertentu dunia dalam tempoh beberapa dekad sehingga kehidupan manusia di sana tidak boleh diteruskan kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah kelmarin.



Gelombang haba diramalkan "melebihi had fisiologi dan sosial manusia" di Sahel, di kawasan Tanduk Afrika, bahagian selatan dan barat daya Asia, dengan kejadian ekstrem mencetuskan "penderitaan berskala besar dan kehilangan nyawa", kata pertubuhan itu.



Dalam satu laporan bersama, badan tersebut memberi amaran bencana gelombang haba tahun ini di negara seperti Somalia dan Pakistan membayangkan masa depan dengan kecemasan kemanusiaan yang lebih dahsyat, lebih kerap dan lebih sengit.



Pejabat PBB untuk Penyelarasan Ehwal Kemanusiaan (OCHA) dan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) mengeluarkan laporan itu menjelang sidang puncak perubahan iklim COP27 PBB di Mesir bulan depan.



Mereka berkata langkah agresif perlu diambil segera untuk mengelakkan bencana haba yang berpotensi berulang, menyenaraikan langkah yang boleh mengurangkan kesan terburuk haba melampau.



"Terdapat had yang jelas di mana orang yang terdedah kepada haba dan kelembapan melampau tidak dapat bertahan," kata laporan itu.



"Kemungkinan juga terdapat tahap kepanasan melampau yang mana masyarakat mungkin mendapati hampir mustahil untuk menyediakan huraian yang berkesan untuk semua.



"Berdasarkan trajektori semasa, gelombang haba boleh memenuhi dan melebihi had fisiologi dan sosial ini dalam dekad akan datang, termasuk di kawasan seperti Sahel dan selatan dan barat daya Asia."



Ia memberi amaran bahawa kesannya ialah "penderitaan dan kehilangan nyawa berskala besar, pergerakan penduduk dan ketidaksamaan yang semakin berakar."



Kesan gabungan penuaan, pemanasan dan pembandaran akan menyebabkan peningkatan ketara dalam bilangan penduduk berisiko di negara membangun dalam dekad akan datang.



"Kadar kematian masa depan yang diunjurkan akibat haba melampau adalah sangat tinggi - setanding dalam magnitud menjelang akhir abad ini dengan semua (kematian akibat) kanser atau semua penyakit berjangkit - dengan sangat tidak sama rata," kata laporan itu.



Petani, kanak-kanak, orang tua, wanita hamil dan ibu yang menyusukan bayi berisiko tinggi menghidap penyakit dan dilanda kematian, dakwa laporan itu.



"Apabila krisis iklim tidak dapat dikawal, kejadian cuaca ekstrem, seperti gelombang panas dan banjir, menjejas lebih teruk penduduk yang paling terdedah," kata ketua kemanusiaan PBB Encik Martin Griffiths.



"Tiada kesan yang lebih kejam daripada di negara-negara yang sudah dilanda kelaparan, konflik dan kemiskinan."



Setiausaha Agung IFRC Encik Jagan Chapagain menggesa negara-negara COP27 supaya melabur dalam penyesuaian iklim dan mitigasi di wilayah yang paling berisiko.



OCHA dan IFRC mencadangkan lima langkah utama untuk membantu memerangi kesan gelombang haba yang melampau, termasuk menyediakan maklumat awal bagi membantu orang ramai dan pihak berkuasa bertindak balas tepat pada masanya, dan mencari cara baru membiayai tindakan di peringkat tempatan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >