Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB ‘bimbang’ dengan pertempuran di sempadan Myanmar

Nov 07, 2023 | 02:48 PM



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melahirkan kebimbangan dengan “pertempuran sengit” antara tentera dengan pakatan kumpulan etnik minoriti di utara Myanmar, yang telah menyebabkan orang awam terkorban dan lebih 30,000 kehilangan tempat tinggal.


“Kami bimbang dengan pertempuran sengit, terutamanya di Negeri Shan di bahagian utara negara itu, dengan laporan... serangan udara yang menyebabkan kematian orang awam dan puluhan ribu orang yang baru dipindahkan di sekitar negara itu,” kata Encik Stephane Dujarric, jurucakap bagi setiausaha agung PBB pada Isnin.

“Rakan-rakan kemanusiaan kami memberitahu kami bahawa, sejak 26 Oktober hampir 33,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dipindahkan,” tambahnya.

Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, menegaskan semula bahawa “orang awam harus dilindungi”.

Beliau turut menyeru agar akses “tanpa halangan” kepada bantuan kemanusiaan harus disediakan.

Pertempuran semakin sengit minggu lalu di kawasan besar di Negeri Shan, berhampiran dengan sempadan China.

Jurucakap junta telah menggambarkan dakwaan sebagai “propaganda” bahawa kumpulan bersenjata telah merampas beberapa bandar di Negeri Shan.

Tentera Perikatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), Tentera Pembebasan Kebangsaan Ta’ang (TNLA) dan Tentera Arakan (AA) mendakwa pada Sabtu, telah merampas berpuluh-puluh pos dan empat bandar, serta menyekat laluan perdagangan penting ke China.

Dalam satu kenyataan bersama, “tiga perikatan persaudaraan” itu berkata serangan itu bertujuan untuk menggulingkan “pemerintahan diktator” di Myanmar dan menyasarkan kumpulan penjenayah yang menjalankan penipuan telekomunikasi yang mereka kata dilindungi oleh junta, lapor agensi berita Reuters.


Pihak junta pada Sabtu lalu berkata Tentera Kemerdekaan Kachin (KIA), kumpulan bersenjata etnik yang berpangkalan di negeri jiran Kachin, juga telah menyertai serangan ke atas tenteranya dan ia berikrar untuk bertindak balas.

Media tempatan melaporkan junta telah membedil bandar terpencil Laiza di sempadan China, iaitu ibu pejabat KIA.

Asia Tenggara, termasuk Myanmar, telah menjadi hab untuk telekomunikasi dan penipuan dalam talian lain, menurut PBB.

Ratusan ribu orang diperdagangkan oleh kumpulan penjenayah dan dipaksa bekerja di pusat penipuan dan operasi dalam talian haram yang lain.

Lonjakan pertempuran telah mengakibatkan lebih 160 warga Thailand, termasuk mangsa pemerdagangan manusia, dipindahkan ke tempat perlindungan oleh tentera junta Myanmar.

Tetapi beberapa puluh orang lagi masih terperangkap dalam sebuah bangunan, kata Timbalan Ketua Polis Thailand pada Isnin.

“Seramai 162 orang itu selamat dan bersama tentera Myanmar di bandar Laukkai,” kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Encik Surachate Hakparn kepada Reuters melalui telefon dari Yangon, ibu kota komersial Myanmar, tempat beliau pergi untuk membantu usaha menyelamat.


“Bagi 60 rakyat Thailand yang lain, kami sedang berkoordinasi dengan tentera Myanmar dan mereka akan membantu.”

Seorang diplomat kanan China menggesa Myanmar untuk “bekerjasama” dalam mengekalkan kestabilan di sempadan bersama mereka, kata Beijing pada Isnin.

Pembantu Menteri Luar, Encik Nong Rong, melawat Myanmar dari Jumaat hingga Ahad, kata Beijing, dan mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan junta mengenai pertempuran tersebut. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >