Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Cukuplah, perang di Gaza mesti dihentikan sekarang

Nov 07, 2023 | 07:13 PM



GAZA/BAITULMAKDIS: Gaza menjadi “kuburan untuk kanak-kanak”, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, sekali gus menguatkan desakan gencatan senjata segera di laksanakan di wilayah itu lebih-lebih lagi angka kematian akibat serangan Israel telah melebihi 10,000.


“Beratus-ratus kanak-kanak perempuan dan lelaki dilaporkan terbunuh atau cedera setiap hari,” kata Encik Guterres pada Isnin.

Kedua-dua Israel dan Hamas, yang mengawal Gaza, telah menolak tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata.

Israel berkata, tebusan yang ditahan Hamas semasa serangan mengejut mereka di selatan Israel pada 7 Oktober lalu harus dibebaskan dahulu.

Bagaimanapun, Hamas bertegas ia tidak akan membebaskan mereka atau berhenti berperang selagi Gaza diserang.

“Operasi darat oleh Angkatan Pertahanan Israel dan pengeboman berterusan melanda orang awam, hospital, kem pelarian, masjid, gereja dan kemudahan PBB – termasuk tempat perlindungan. Tiada siapa yang selamat,” kata Encik Guterres kepada pemberita.

“Pada masa yang sama, Hamas dan militan lain menggunakan orang awam sebagai perisai manusia dan terus melancarkan roket sewenang-wenangnya ke arah Israel,” katanya sambil menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.

Badan-badan antarabangsa berkata, hospital tidak dapat menampung mereka yang cedera dan makanan serta air bersih kehabisan dengan penghantaran bantuan tidak mencukupi.

Dalam pada itu, Encik Guterres memetik pihak berkuasa kesihatan di Gaza sebagai berkata angka kematian akibat serangan Israel kini melebihi 10,000.

“Kami memerlukan gencatan senjata kemanusiaan segera. Sudah 30 hari. Cukuplah. Ini mesti dihentikan sekarang,” tegasnya dalam kenyataan yang ditandatangani 18 pemimpin di badan dunia itu.

Mereka termasuk Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Encik Volker Turk; ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus dan ketua bantuan PBB, Encik Martin Griffiths.

Encik Guterres berkata, 89 orang yang bekerja dengan agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA) adalah antara yang maut dalam peperangan di Gaza sejauh ini.

UNRWA berkata, lima rakan sekerja telah terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu sahaja.

Seorang wartawan Reuters di Gaza berkata, pengeboman semalaman melalui udara, darat dan laut adalah antara yang paling sengit sejak Israel bertindak balas ekoran serangan mengejut Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober itu.


Serangan Hamas telah mengakibatkan lebih 1,400 orang maut dan lebih 240 orang ditahan sebagai tebusan.

Perang empat minggu telah menyebabkan kira-kira 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal di seluruh Gaza, menurut angka PBB.

Agensi PBB untuk pelarian Palestin berkata lebih 530,000 orang berteduh di kemudahannya di selatan Gaza, dan ia kini tidak dapat menampung pendatang baru. Ramai orang yang berpindah mencari keselamatan dengan tidur di jalanan berhampiran pusat perlindungan PBB, kata agensi itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >