Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB kecam serangan Israel ke atas kem pelarian terbesar di Gaza

Nov 02, 2023 | 01:51 PM



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengecam serangan ke atas kem pelarian terbesar di Gaza yang membunuh berpuluh-puluh orang dalam serangan yang menurut Israel menyasarkan komander Hamas.


Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, menyifatkan serangan Israel pada Selasa dan Rabu ke atas kem pelarian Jabalia sebagai “dahsyat” sementara Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata “serangan tidak seimbang itu boleh dianggap sebagai jenayah perang”.

“Ini hanyalah kekejaman terbaru yang menimpa penduduk Gaza di mana pertempuran telah memasuki fasa yang lebih menakutkan, dengan akibat kemanusiaan yang semakin mengerikan,” kata Encik Martin Griffiths, Setiausaha Agung PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata: “Dunia kelihatan tidak boleh, atau tidak mahu, bertindak”, sambil menambah bahawa “ini tidak boleh diteruskan. Kami perlukan perubahan langkah”.

Encik Griffiths mengeluarkan kenyataannya selepas lawatan dua hari ke rantau itu.

Serangan pertama ke atas kem pelarian Jabalia membunuh sekurang-kurangnya 50 orang pada Selasa termasuk seorang komander Hamas yang Israel dakwa terlibat dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober.

Lebih 1,400 orang terbunuh dalam serangan mengejut Hamas itu.

Israel berkata pesawat pejuangnya telah mengebom kompleks terowong “luas” di tapak itu, membunuh “ramai pengganas Hamas”, termasuk komander batalionnya, Ibrahim Biari.

Hamas berkata tujuh tebusan, termasuk tiga pemegang pasport asing, telah terbunuh dalam pengeboman itu – dakwaan yang tidak dapat disahkan.

Penyelamat Palestin melaporkan serangan baru ke atas kem itu pada Rabu.

Encik Guterres “terkejut dengan keganasan yang semakin meningkat di Gaza”, kata jurucakapnya Cik Stephane Dujarric.

“Ini merupakan pembunuhan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara Israel di kawasan perumahan di kem pelarian Jabalia yang padat dengan penduduk,” kata Cik Dujarric.

Menurutnya, setiausaha agung itu juga mengulangi bahawa semua pihak “mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk prinsip perbezaan, keseimbangan dan langkah berjaga-jaga”.

Beliau juga menyeru mereka supaya “menamatkan keganasan dan penderitaan yang mengejutkan ini,” tambahnya.

Ketua agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) untuk Pelarian Palestin, Encik Philippe Lazzarini, telah sampai ke Gaza pada Rabu melalui lintasan sempadan Rafah dengan Mesir, kata Cik Dujarric.

Encik Lazzarini adalah pegawai PBB paling kanan yang dibenarkan masuk ke Gaza sejak perang bermula.

UNRWA telah menyaksikan 70 kakitangannya terbunuh dalam perang itu setakat ini.

Beliau berkata bahawa kakitangan PBB memberitahunya bahawa bahan api sangat diperlukan di Gaza dan dasar kemanusiaan lebih terdesak daripada sebelumnya,” kata Cik Dujarric. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >