Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB digesa undi resolusi isytihar gencatan senjata wajib di Gaza

Mar 22, 2024 | 12:22 PM



NEW YORK: Amerika Syarikat menggesa undian dijalankan pada 22 Mac mengenai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang baru disemak dan lebih keras mengisytiharkan “gencatan senjata segera dan berterusan” dalam perang Israel-Hamas di Gaza adalah “penting” untuk melindungi orang awam dan membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada lebih dua juta rakyat Palestin yang kelaparan.


Dalam draf sebelum ini, Majlis Keselamatan tidak membuat pengisytiharan sedemikian. Sebaliknya, ia akan menyokong usaha antarabangsa untuk gencatan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan.

Draf baru itu merupakan perintah Majlis Keselamatan mengenai “kepentingan gencatan senjata segera dan berterusan”, tanpa kaitan langsung dengan pembebasan tebusan yang ditawan Hamas dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Serangan Hamas itu telah membunuh 1,200 orang dan sekitar 240 yang lain dijadikan tebusan.


Namun, draf itu dengan tegas akan menyokong usaha diplomatik “untuk mencapai gencatan senjata yang dikaitkan dengan pembebasan semua baki tebusan”.

Selepas 15 anggota Majlis Keselamatan bertemu secara tertutup petang 21 Mac untuk membincangkan Gaza, Duta Besar Amerika ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield, ketika ditanya sama ada draf Amerika itu akan diterima pakai, berkata: “Saya optimistik. Itulah sebabnya kami mengambil masa yang lama kerana kami bekerja keras.”

Timbalan Duta Besar Russia ke PBB, Encik Dmitry Polyansky, memberitahu pemberita bahawa Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, mendesak gencatan senjata segera dan jika resolusi itu memerlukan gencatan senjata segera, “kami sudah tentu akan menyokongnya”.

“Kami tidak berpuas hati dengan apa-apa langkah yang tidak memerlukan gencatan senjata segera. Saya rasa semua orang tidak berpuas hati dengan ini. Setiausaha Blinken pun tidak berpuas hati,” tambah Encik Polyansky.


Encik Blinken sedang dalam misi keenamnya ke Timur Tengah sejak perang Israel-Hamas bermula, membincangkan perjanjian untuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan serta senario selepas perang.


Encik Nate Evans, jurucakap perwakilan Amerika ke PBB, mengeluarkan kenyataan semasa Majlis Keselamatan mengadakan rundingan tertutup mengenai Gaza, mengumumkan bahawa Amerika akan membawa resolusi itu kepada pengundian pada pagi 22 Mac. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >