Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB harap sidang air cetus ‘kesan ombak’ bagi elak krisis bekalan

Mar 25, 2023 | 05:09 PM



NEW YORK: Mesyuarat pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai air dalam tempoh hampir setengah abad berakhir pada 24 Mac dengan harapan ia akan merangsang langkah politik di tengah-tengah kebimbangan kurangnya usaha menangani krisis bekalan air di seluruh dunia.



Tiada perjanjian yang mengikat pada peringkat antarabangsa untuk air, seperti yang dicapai bagi isu iklim di Paris pada 2015, atau rangka kerja seperti yang dibentuk bagi melindungi alam semula jadi di Montreal pada 2022, walaupun ada amaran tentang risiko yang dihadapi manusia jika air tidak diurus dengan lebih baik.



Hampir 700 kumpulan, termasuk pemerintah negara dan tempatan, kumpulan tidak mencari untung dan beberapa syarikat menyerahkan rancangan berkaitan air sempena persidangan di New York itu.



Projek itu terdiri daripada pelaburan dalam pertanian “bijak iklim” dan pemulihan tanah lembap di lembangan Sungai Niger kepada pemetaan sistem air di The Hague.

PBB akan mengkaji semula rancangan itu sebelum satu lagi mesyuarat pada Julai, kata utusan khas Belanda ke PBB, Encik Henk Ovink.



“Adakah ia mencukupi? Tidak. Kita mempunyai tadbir urus air yang berpecah-belah di seluruh dunia, kewangan yang berpecah-belah serta sains dan data yang tidak mencukupi,” kata Encik Ovink, yang negaranya menjadi tuan rumah bersama persidangan itu.



“Persidangan ini adalah permulaan kesan berombak di seluruh dunia.” 



Sekitar 30 peratus daripada rancangan yang dikemukakan kelihatan akan memberi kesan dan menunjukkan pembiayaan, kata Encik Charles Iceland, pemangku pengarah global bagi air di Institut Sumber Dunia.



“Setiap komitmen sukarela ada ruang di mana anda bercakap tentang jumlah wang yang ada, dan kebanyakannya membiarkannya kosong,” katanya.



“Air ialah cara utama iklim akan memberi kesan terhadap masyarakat jadi kita perlu mengadakan perbincangan tahunan mengenainya,” kata Encik Iceland. - Reuters

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >