Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB kesal hukuman mati ke atas bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina

Nov 18, 2025 | 2:16 PM
PM Bangladesh, Sheikh Hasina
Bekas perdana menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dijatuhkan hukuman gantung tanpa kehadirannya atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan. - Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pada 17 November bahawa hukuman ke atas bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina atas jenayah terhadap kemanusiaan menandakan “detik penting bagi mangsa”, tetapi dia tidak sepatutnya dijatuhkan hukuman mati.

Hasina, 78 tahun, kekal bersembunyi di India semasa perbicaraan atas tuduhan mengarahkan tindakan keras dan berdarah terhadap pemberontak yang dipimpin oleh pelajar pada 2024 yang akhirnya menggulingkannya.

Dia dijatuhkan hukuman gantung tanpa kehadirannya kerana jenayah terhadap kemanusiaan yang mengakibatkan sehingga 1,400 orang terbunuh antara Julai dengan Ogos 2024, menurut PBB.

Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, yang memutuskan dalam laporan pada Februari bahawa pemerintah Bangladesh dahulu bertanggungjawab di sebalik serangan sistematik dan pembunuhan penunjuk perasaan, mengalu-alukan keputusan tersebut.

Sejak menerbitkan laporan itu, “kami telah menyeru agar pelaku – termasuk individu yang memegang jawatan kepimpinan – dipertanggungjawabkan mengikut piawaian antarabangsa”, kata jurucakap pejabat tersebut, Cik Ravina Shamdasani, dalam satu kenyataan.

“Kami juga telah menyeru agar mangsa mempunyai akses kepada penyelesaian dan pampasan sewajarnya,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa pejabat agensi PBB itu juga “secara konsisten menyokong agar semua prosiding akauntabiliti – terutamanya atas tuduhan jenayah antarabangsa – memenuhi piawaian antarabangsa bagi proses sewajarnya dan perbicaraan yang adil”.

“Ini amat penting apabila, seperti yang berlaku di sini, perbicaraan telah dijalankan tanpa kehadirannya dan membawa kepada hukuman mati.

“Kami kesal dengan hukuman mati ke atasnya, yang kami menentang dalam semua keadaan,” tambah jurucakap itu.

Cik Shamdasani menarik perhatian bahawa ketua hak asasi manusia PBB, Encik Volker Turk, berharap “Bangladesh akan bergerak maju dengan proses penyampaian kebenaran, pampasan dan keadilan menyeluruh sebagai laluan kepada perdamaian dan pemulihan negara”.

“Ini harus merangkumi pembaharuan sektor keselamatan yang bermakna dan transformatif, yang menghormati piawaian antarabangsa, untuk memastikan pelanggaran dan penyalahgunaan ini tidak akan diulangi,” tambah beliau.

Encik Turk menyeru agar rakyat Bangladesh bertenang dan berwaspada sebagai tindak balas terhadap keputusan itu. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg