PBB lulus ketetapan kutuk Iran, serangan AS-Israel tidak disentuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB lulus ketetapan kutuk Iran, serangan AS-Israel tidak disentuh

Mar 13, 2026 | 12:22 PM

PBB lulus ketetapan kutuk Iran, serangan AS-Israel tidak disentuh

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
pbb, serangan, iran
Majlis Keselamatan PBB telah meluluskan ketetapan dikemukakan Bahrain, mengutuk serangan Iran ke atas negara Teluk. - Foto EPA

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Mac dengan tegas meluluskan ketetapan yang dirangka Bahrain, mengutuk serangan serantau Iran dan menolak cadangan Russia yang ingin menamatkan konflik di Timur Tengah.

Ia turut mendesak Iran menghentikan serangannya ke atas negara Teluk.

Majlis Keselamatan membuat gesaan itu dalam satu ketetapan yang tidak menyebut mengenai serangan Amerika Syarikat serta Israel terhadap Iran, menyebabkan duta Teheran mengecamnya sebagai penyalahgunaan badan antarabangsa itu secara terang-terangan.

Ketetapan itu yang diluluskan dengan 13 undi menyokong, manakala dua berkecuali, menuntut pemberhentian serta-merta semua serangan Iran terhadap Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan.

Sebanyak 13 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi bagi menyokong resolusi yang ditaja oleh Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan ditaja bersama oleh 135 negara anggota PBB.

China dan Russia yang memiliki kuasa veto, bagaimanapun berkecuali dalam pengundian kerana berang susulan ketetapan itu tidak mengakui tindakan permusuhan Amerika-Israel terhadap Iran.

Selain itu, ia juga mengutuk sebarang tindakan atau ancaman oleh Iran yang bertujuan menutup, menghalang atau mengganggu pelayaran antarabangsa melalui Selat Hormuz.

Undian ini berlaku ketika pasukan Amerika dan Israel terus mengebom Iran untuk hari ke-12, dengan tindakan balas Iran bergema di seluruh Timur Tengah.

Teks itu mengutuk “dengan sekeras-kerasnya serangan keji” oleh Iran terhadap Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Jordan.

Ia menambah bahawa tindakan sedemikian merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa dan ancaman serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Teks itu menuntut dihentikan segera semua serangan oleh Iran terhadap negara-negara tersebut dan mengutuk sebarang tindakan atau ancaman oleh Iran untuk menutup, menghalang atau mengganggu pelayaran antarabangsa melalui Selat Hormuz.

Duta Bahrain ke PBB, Encik Jamal Fares Alrowaiei, yang mengemukakan resolusi itu berkata, kelulusannya mencerminkan peranan utama Teluk dalam ekonomi global.

Menurutnya, penerimaan itu mencerminkan “hati nurani kolektif” masyarakat antarabangsa selepas 135 negara anggota menaja bersama teks yang dibentangkan negaranya bagi pihak GCC.

Dalam perbahasan yang sama, Majlis Keselamatan telah menolak draf ketetapan alternatif yang dikemukakan oleh Russia berikutan pendekatannya yang dianggap berat sebelah dan gagal menamakan secara spesifik mana-mana pihak yang terlibat dalam konflik.

Wakil Israel, yang mengalu-alukan inisiatif Negara Teluk untuk mengutuk serangan Iran, berkata bahawa Iran menggunakan diplomasi sebagai penyamaran semasa ia memperkukuhkan program nuklearnya.

Beliau menolak dakwaan Iran bahawa program nuklearnya adalah semata-mata untuk keamanan.

Duta Iran ke PBB, Encik Amir Saeid Iravani, pula berkata: “Penerimaan ketetapan ini merupakan satu kemunduran serius kepada kredibiliti Majlis Keselamatan PBB dan meninggalkan kesan yang berkekalan pada rekodnya.”

Negara yang bertanggungjawab atas perang pencerobohan yang kejam terhadap negaranya iaitu Amerika duduk di Dewan sebagai Presiden Majlis, menyalahgunakan kedudukannya sambil menghalang setiap usaha untuk menamatkan perang.

“Izinkan saya menjelaskannya bahawa ketetapan ini adalah ketidakadilan yang nyata terhadap negara saya, mangsa utama tindakan pencerobohan yang jelas,” tegas beliau. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg