Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB lulus resolusi gesa Russia tinggalkan Ukraine

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Majoriti besar anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada lewat Khamis mengundi untuk menuntut Russia supaya segera dan tanpa syarat mengundurkan tenteranya dari Ukraine.



Ini sedang banyak negara juga menyeru agar dicapai keamanan yang "adil dan berkekalan".



Ukraine mendapat sokongan kuat dalam undi yang "tidak mengikat" yang menyaksikan 141 daripada 193 anggota PBB menyokong, tujuh menentang dan 32, termasuk China dan India, berkecuali.



Diadakan menjelang ulang tahun pertama pencerobohan Russia ke atas negara jirannya Ukraine, sokongan pada Kyiv tidak banyak berubah berbanding pada Oktober lalu apabila 143 negara mengundi untuk mengutuk pengisytiharan pengilhakan empat wilayah Ukraine oleh Russia.



Undian itu dibuat selepas dua hari perdebatan dengan Kyiv menggesa masyarakat antarabangsa untuk memilih "antara yang baik dengan yang jahat."



Resolusi itu mengesahkan sokongan bagi "kedaulatan" dan "integriti wilayah" Ukraine, serta menolak sebarang tuntutan Russia terhadap bahagian Ukraine yang didudukinya.



Ia juga menuntut "agar Persekutuan Russia segera, sepenuhnya dan tanpa syarat menarik balik semua angkatan tenteranya dari wilayah Ukraine ke kawasan sempadan yang diiktiraf antarabangsa," dan menyeru "untuk menghentikan permusuhan."



Undian itu menunjukkan Moscow terus terasing di pentas dunia selepas 12 bulan berperang.



Walaupun hanya disokong segelintir negara, Russia telah menggunakan kuasa vetonya untuk menyekat sebarang usul yang mengikat terhadapnya dalam Majlis Keselamatan PBB.



Sebaliknya, Perhimpunan Agung PBB telah mengetengahkan isu itu, yang menunjukkan sokongan padu pada Kyiv dalam undian berturut-turut.



"Tahun depan, kita tidak sepatutnya bertemu di sini untuk menandakan ulang tahun kedua perang pencerobohan yang tidak masuk akal ini," kata Menteri Luar Jepun, Encik Yoshimasa Hayashi, semasa perbahasan di PBB.



"Russia boleh dan mesti berhenti, esok," kata Menteri Luar Perancis, Cik Catherine Colonna.



"Perang yang dilancarkan Russia ini adalah urusan semua orang kerana ia mengancam kewujudan sebuah negara, kerana ia mewakili rancangan yang mahu mendominasi dan bersifat imperialis, dan kerana ia menafikan kewujudan sempadan."



Tetapi Russia menolak resolusi itu, dengan wakil PBBnya, Encik Vasily Nebenzya, menggelar Ukraine sebagai "neo-Nazi" dan menuduh negara Barat mengorbankan negara itu dan dunia yang membangun dalam hasrat mereka untuk mengalahkan Russia.



Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Encik Josep Borrell, menolaknya.



"Saya ingin menegaskannya: perang ini bukan 'isu Eropah'. Juga bukan tentang 'Barat lawan Russia'," kata Encik Borrell pada Perhimpunan Agung.



"Perang haram ini melibatkan semua orang: Utara, Selatan, Timur dan Barat."



Undian itu menunjukkan India dan China sejauh ini tidak terpengaruh untuk mengutuk secara langsung pencerobohan Moscow, walaupun kedua-duanya telah mengkritik ancaman Moscow untuk menggunakan senjata nuklear dalam konflik itu.



Sebelum pengundian, Encik Dai Bing, timbalan wakil China di PBB, mengambil sikap berkecuali sambil menyeru kedua-dua pihak untuk menghentikan pertempuran dan memulakan rundingan damai.



"Kami menyokong Russia dan Ukraine bergerak ke arah satu sama lain, menyambung semula dialog langsung secepat mungkin, membawa keprihatinan sah mereka ke dalam rundingan, menetapkan pilihan yang boleh dilaksanakan, menamatkan awal krisis dan memberi peluang pada keamanan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >