Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

PBB lulus resolusi lebih banyak bantuan ke Gaza

Majlis Keselamatan gesa bantuan dipertingkat tetapi Ketua PBB kata Israel cetus halangan besar dalam edaran bantuan
Dec 23, 2023 | 04:52 PM



WASHINGTON: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa agar bantuan kemanusiaan untuk Gaza dipertingkatkan, tetapi ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeneral António Guterres, berkata cara Israel menjalankan operasi ketenteraannya mewujudkan “halangan besar” untuk melancarkan bantuan dalam kawasan yang dilanda bencana itu.


Selepas berhari-hari bertelagah untuk mengelak veto Amerika yang diancam, UNSC telah meluluskan resolusi pada 22 Disember dalam usaha menggesa langkah membenarkan bantuan kemanusiaan yang selamat tanpa halangan diperluaskan ke Gaza dengan syarat pemberhentian mampan pertempuran dapat dilaksanakan.

Resolusi itu dikurangkan skalanya daripada yang tersenarai dalam draf terdahulu yang menyeru terhentinya perang 11 minggu di samping mengurangkan secara beransur-ansur kawalan Israel ke atas kiriman bantuan.

Washington berulang kali menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri berikutan kejadian pada 7 Oktober lalu iaitu serangan tentera Hamas ke atas Israel yang menamatkan riwayat 1,200 penduduk dan membawa 240 tebusan kembali ke dalam enklaf itu.

Duta Israel ke PBB, Encik Gilad Erdan, berkata UNSC sepatutnya lebih menumpukan usaha membebaskan tebusan dan bukannya menumpukan perhatian pada mekanisme bantuan yang dirasakan tidak perlu kerana Israel sudah membenarkan usaha menghulur bantuan pada skala yang diperlukan.

Hamas dan pihak berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat bertelagah pendapat mengenai langkah itu, dengan Hamas berkata tidak cukup untuk sekadar memenuhi keperluan enklaf yang terjejas dan mengingkari seruan antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan Israel.

Pertempuran masih berterusan di antara tentera Israel dan pejuang Hamas di Gaza, manakala orang awam mengharungi jerih payah mencari makanan.

Kementerian Kesihatan Hamas memaklumkan lebih 410 orang terbunuh dalam pengeboman Israel selama 48 jam, termasuk 16 orang terkorban dalam serangan pada 22 Disember di daerah Jabalia, Bandar Gaza.

Katanya, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan, maut dalam satu lagi serangan ke atas kenderaan awam di Rafah, selatan Gaza.

Sementara itu, rakaman video AFP memperlihat pengeboman itu terkena bumbung kenderaan hingga mengakibatkan kerosakan teruk dan hangus serta penumpang berlumuran darah.

“Kenderaan itu antara yang terkena serangan bom. Lima minit kemudian orang ramai berkumpul dan serangan kedua berlaku,” kata seorang saksi, Encik Hamada Abu Taha.

Pada 22 Disember, UNSC akhirnya menerima-pakai resolusi yang meminta semua pihak dalam konflik membenarkan penyaluran bantuan kemanusiaan secara selamat dan tanpa halangan.

Resolusi PBB menggesa mewujudkan kaedah menghentikan permusuhan berterusan tetapi tidak menggesa supaya pertempuran dihentikan segera.

Awal Disember pula, sekutu Israel, Amerika Syarikat menyekat undi yang menggesa gencatan senjata, berkecuali bersama-sama Russia.

Undian selepas Program Makanan Sedunia PBB memberi amaran penduduk Gaza akan menghadapi kebuluran yang teruk. – AFP/Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >