Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB usul kod tatalaku elak sebar maklumat palsu peringkat sejagat

Jun 13, 2023 | 12:44 PM



NEW YORK: Kebimbangan terhadap kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI) tidak harus mengaburkan bahaya besar yang boleh dilakukan dalam wadah digital, yang penuh dengan maklumat palsu, kata Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, pada Isnin.


Beliau turut mengusulkan agar disediakan kod tatalaku antarabangsa untuk menangani masalah itu.

Menurut Encik Guterres, pembangunan pesat AI termasuk chatbot, penjana imej dan teknologi klon suara, telah mencetuskan kebimbangan dunia terhadap risiko penyebaran maklumat palsu.

Maka itu, beliau menyokong idea pembentukan sebuah badan pemerhati AI yang mirip Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), namun “hanya negara anggota boleh membentuknya, bukan Sekretariat PBB”.

Beliau menambah, walaupun teriakan amaran mengenai AI ‘membingitkan’, mereka tidak boleh “mengalihkan perhatian daripada kerosakan yang dilakukan teknologi digital terhadap dunia kita”.

“Penyebaran kebencian dan pembohongan melalui ruang digital telah mencetuskan bencana di dunia sekarang,” kata Encik Guterres dalam satu sidang akhbar tatkala membentangkan taklimat dasar mengenai perkara tersebut.

“Ia mencetuskan konflik, kematian dan kemusnahan. Ia mengancam demokrasi dan hak asasi manusia,” ujarnya.

Encik Guterres menambah, “kod tatalaku PBB bagi kewibawaan maklumat pada wadah digital” sedang disiapkan menjelang Sidang Puncak PBB mengenai Masa Hadapan, yang dijadual berlangsung pada 2024.

Taklimat dasar itu, yang akan diterapkan dalam kod tatalaku, termasuk saranan memastikan tindakan pengiklan yang menjana wang menerusi kandungan berbahaya, perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbelanjaan mereka.

“Penyebaran maklumat palsu dan kandungan penuh kebencian tidak seharusnya diberi pendedahan meluas dan meraih keuntungan besar,” katanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa sumber dari dalam talian, yang menyebabkan perubahan besar-besaran dari segi sosiobudaya, turut mendedahkan sisi yang lebih gelap.

“Keupayaan untuk menyebarkan maklumat palsu pada skala besar bagi melemahkan fakta secara saintifik menimbulkan risiko kepada manusia,” kata beliau, merujuk kepada risiko terhadap institusi demokrasi dan hak asasi manusia.

Beliau selanjutnya berkata, kod tatalaku itu harus berdasarkan kepada komitmen terhadap kewibawaan maklumat, hak asasi manusia dan sokongan bagi media yang bebas.

“Kita mesti belajar daripada kesilapan masa lalu. Wadah digital dilancarkan tanpa kesedaran secukupnya atau penilaian terhadap kemungkinan kerosakan kepada masyarakat dan individu,” ujar Encik Guterres.

“Era Lembah Silicon dengan falsafah ‘bergerak pantas dan menghuraikan sesuatu’ harus dihentikan,” kata beliau lagi. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >