Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pecah tabung 7 tahun berisi syiling 50 sen, lelaki M’sia beli iPhone 14

Sep 22, 2023 | 10:24 AM



Langkah menabung duit syiling 50 sen sejak tujuh tahun lalu akhirnya membuahkan hasil bagi seorang lelaki Malaysia yang berjaya membeli sebuah iPhone menggunakan duit tabung tersebut.

Video TikTok yang dimuat naik Encik Muhammad Hafiz Abdul Hamid, 30 tahun, pada 1 September menarik perhatian warganet dan menunjukkan beliau di rumahnya bersama botol air 19 liter yang dipenuhi duit syiling.

“Hasil tujuh tahun menabung. Alhamdulillah,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Video itu menunjukkan Encik Hafiz dan beberapa anggota keluarganya yang cuba menuang keluar duit syiling daripada botol itu, tetapi hanya sedikit sahaja yang berupaya dikeluarkan disebabkan ruang mulut botol yang sempit.

Salah seorang daripada mereka kemudian menggunakan gergaji untuk memotong botol itu. Rakaman video itu kemudian menunjukkan duit syiling 50 sen yang tersusun rapi.

Encik Hafiz berkata proses tersebut memakan masa sehingga tiga jam dengan duit simpanan itu mencecah RM5,360 (S$1,560), yang digunakannya untuk membeli iPhone 14.

Berkongsi kepada portal hiburan dan gaya hidup mStar, Encik Hafiz berkata beliau mula menabung secara suka-suka dan tidak menyangka dapat pergi sejauh itu.

“Awalnya saya simpan duit syiling itu dalam mug (gelas), kemudian saya simpan dalam bekas kerepek kentang.

“Apabila dah terlampau menimbun duit syiling itu, saya simpan dalam bekas air dispenser 19 liter yang macam dalam video. Saya hanya simpan duit syiling 50 sen. Kalau nak tahu, saya larang guna duit 50 sen sebab saya nak simpan,” katanya yang menetap di Pulau Pinang.


Berkat kegigihannya menabung, Encik Hafiz, yang bekerja sebagai penyelia pengemasan bilik penginapan di sebuah hotel berjaya membeli iPhone 14 secara tunai tanpa bayaran ansuran.




@bifoty_camper

Total RM5360.00 hasil simpan semua duit 50sen..takde duit 10sen@20sen..ambik masa 3jam baru siap kira dengan tenaga 4org tukang kira🤣 alhamdulillah.. #menabung #duitsyiling #50sen #alhamdulillah

♬ original sound - Bifoty camper🏕 - Bifoty camper🏕

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >