Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai AS: China intip dari Cuba

Jun 11, 2023 | 03:15 PM



WASHINGTON: China didakwa melakukan pengintipan dari Cuba dan telah mempertingkat kemudahan perisikannya di situ sejak 2019, kata seorang pegawai pemerintah Amerika Syarikat pada Sabtu.


Ini selepas satu laporan berkenaan usaha pengintipan yang akan dilancar di pulau itu dikeluarkan sebuah agensi berita baru-baru ini.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis melaporkan China telah membuat persetujuan sulit dengan Cuba untuk membangunkan sebuah kemudahan pengintipan elektronik di pulau tersebut sekitar 160 kilometer dari Florida.


Tetapi pihak Amerika dan pemerintah Cuba telah menafikan dengan tegas butiran laporan itu.

Pegawai pentadbiran Preside Joe Biden itu, yang tidak ingin mendedahkan identitinya, berkata cara laporan itu menjelaskan persetujuan tersebut “tidak selaras dengan kefahaman kami (pihak berkuasa)”.

Namun, beliau tidak menyatakan bagaimana laporan itu salah atau memberi penerangan sama ada China betul-betul sedang berusaha membina kemudahan perisikan di Cuba.

Pegawai itu berkata isu tersebut diketahui sejak sebelum kepresidenan Encik Biden, memandangkan usaha Beijing bagi memperluas prasarana pengumpulan perisikannya telah diperluas di seluruh dunia.

“Ini sesuatu isu yang telah berterusan sejak kian lamannya dan bukan satu perkembangan baru,” katanya.

“Pihak PRC (Republik Rakyat China) telah melakukan kerja naik taraf terhadap kemudahan pengumpulan perisikannya di Cuba pada 2019. Ini sesuatu perkara yang telah didokumen dengan perinci dalam rekod perisikan.”

Ketika diminta komen, seorang pegawai dari kedutaan China di Washington merujuk kepada satu kenyataan pada Jumaat oleh jurucakap Kementerian Ehwal Luar Cina yang mendakwa Amerika telah “menyebarkan khabar angin dan tidak benar” mengenai stesen pengintipan di Cuba dan “sebagai empayar penggodam paling berkuasa di dunia”.

Pemerintah Cuba tidak memberi respons apabila diminta komen.

Terdahulu pada Khamis, Naib Menteri Ehwal Luar Cuba, Encik Carlos Fernandez de Cossiom, menolak laporan WSJ itu sebagai sesuatu yang “mengarut”.

Beliau juga menganggapnya sebagai satu ciptaan palsu oleh Amerika dengan matlamat untuk menyokong sekatan ekonomi yang dikenakan pada negara itu yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu.

Beliau berkata Cuba menolak kehadiran semua pihak ketenteraan asing di Amerika Latin dan di rantau Karibia.

Perhatian mengenai China yang didakwa melakukan pengintipan dari Cuba, muncul sedang Washington dan Beijing berusaha mengambil langkah lanjut bagi meredakan ketegangan yang memuncak apabila sebuah belon pengintipan ketinggian tinggi dari China, merentas negara Amerika sebelum ditembak oleh angkatan udaranya di luar pesisiran Timur pada Februari.

Langkah itu termasuk satu lawatan ke China di mana pegawai pemerintah itu telah menyatakan Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken, sedang merancang berbuat demikian pada 18 Jun.

Diplomat tertinggi Washington itu sebelum ini telah membatalkan lawatan tersebut selepas kejadian belon pengintipan itu berlaku.

Pegawai pentadbiran Biden itu berkata meskipun mantan pentadbiran Donald Trump sedar terhadap usaha pengintipan itu di Cuba, dan telah membuat beberapa langkah untuk menangani perkara itu, “kami tidak mencapai kemajuan yang secukupnya dan perlu melakukan pendekatan yang lebih langsung”.

Pegawai itu berkata para diplomat Amerika telah mendekati pihak pemerintah lain dan sedang menimbangkan langkah bagi mengehos beberapa pangkalan China dan menukar maklumat bersama mereka.

“Pakar-pakar telah membuat penilian bahawa usaha dua hala kami telah melembabkan pihak PRC,” katanya.

“Kami rasa PRC belum mencapai ke tahap yang ia menginginkan.” – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >