Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai kanan Korea Utara tiba di Singapura

May 29, 2018 | 03:22 PM



TOKYO: Seorang pegawai kanan kepada pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, tiba di Singapura malam tadi (28 Mei), menurut stesen penyiar Jepun NHK hari ini.



Ini adalah bayangan terkini bahawa pertemuan antara Encik Kim dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mungkin akan terus diadakan.



Ketua Turus de facto Encik Kim, Encik Kim Chang Son, menaiki pesawat ke Singapura menerusi Beijing malam tadi, menurut laporan tersebut.



Sementara itu, sebuah pasukan pegawai pemerintah dari Amerika, termasuk Timbalan Ketua Turus bagi operasi Rumah Putih, Encik Joe Hagin, menaiki pesawat dari Pangkalan Udara Yokota Amerika di Jepun untuk menuju ke Singapura semalam.



Menurut Rumah Putih, sebuah pasukan pegawai telah pergi ke Singapura untuk bertemu dengan pegawai dari Korea Utara itu.



Encik Trump mengumumkan untuk membatalkan pertemuannya bersama Encik Kim, yang dijadual berlangsung pada 12 Jun, minggu lalu.



Namun sehari kemudian, beliau akan mempertimbangkannya semula dan pegawai pemerintah kedua-dua negara bertemu untuk berbincang tentangnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >