Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pegawai tinggi Ibu Kota Nusantara letak jawatan ekoran bajet dibeku

Feb 12, 2025 | 12:49 PM
Timbalan Transformasi Hijau dan Digital Penguasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Encik Mohammed Ali Berawi, telah meletak jawatan ekoran bajet bagi projek di Kalimantan Timur itu telah dibekukan.
Timbalan Transformasi Hijau dan Digital Penguasa Ibu Kota Nusantara (IKN), Encik Mohammed Ali Berawi, telah meletak jawatan ekoran bajet bagi projek di Kalimantan Timur itu telah dibekukan. - Foto AFP

JAKARTA: Seorang pegawai tinggi di Lembaga Ibu Kota Nusantara (IKN) menyerahkan surat peletakan jawatannya minggu lalu ekoran langkah pemerintah Indonesia membekukan bajet untuk pembangunan ibu kota baru di Kalimantan Timur.

Timbalan Transformasi Hijau dan Digital Penguasa IKN, Encik Mohammed Ali Berawi, berkata beliau menyerahkan surat itu kepada pengerusi Penguasa IKN, Encik Basuki Hadimuljono, pada 7 Februari.

Beliau turut meminta supaya dapat kembali bertugas ke institusi asalnya, Fakulti Kejuruteraan di Universiti Indonesia.

Ketua Persatuan Pensyarah Indonesia (ADI) mengesahkan bahawa peletakan jawatan Encik Ali dan kini sedang menunggu keputusan Presiden, yang masih dalam proses pengesahan.

Sementara menunggu keputusan itu, Encik Ali melahirkan rasa syukur kerana telah menyumbang dalam perancangan dan pembangunan ibu kota baru itu.

“Adalah satu penghormatan bagi saya untuk terlibat dalam pembangunan IKN,” katanya pada 11 Februari.

Beliau dilantik sebagai timbalan pada 13 Oktober 2022.

Penglibatannya melangkaui peranannya sebagai timbalan untuk transformasi hijau dan digital.

Encik Ali memainkan peranan penting dalam menyediakan dan menyebarkan pelan induk, pelan tindakan, garis panduan dan aspek berkaitan konsep “bandar hutan pintar” untuk IKN.

Ibu kota itu menekankan lima prinsip utama – hijau, berdaya tahan, kemampanan, keterangkuman dan kepintaran.

Justeru, beliau mengesyorkan agar semua program kerja yang telah dimulakan supaya terus dijalankan dengan merujuk kepada prinsip perancangan itu agar pembinaan IKN dapat direalisasikan secara optimum.

“Bina IKN sambil juga memperkasakan masyarakat secara berterusan; inti pati pembangunan ialah meningkatkan kebajikan dan mutu hidup masyarakat,” tambahnya.

Pentadbiran Presiden Prabowo Subianto pada 21 Januari komited untuk memperuntukkan 48 trilion rupiah ($3.97 bilion) untuk pembangunan Nusantara sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

Namun, agensi yang disasarkan untuk mengumpul 306 trilion rupiah bagi membiayai program makanan percuma kelolaan Kementerian Kerja Raya, yang juga bertanggungjawab untuk pembangunan Nusantara, menyaksikan bajetnya dikurangkan daripada lebih 110 trilion rupiah kepada lebih 29 trilion rupiah.

Menteri Kerja Raya, Encik Dody Hanggodo, berkata, mereka boleh menjalankan pembinaannya tetapi tidak mempunyai bajet untuk meneruskannya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg