Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MANTAN PERDANA MENTERI M'SIA DIPENJARA

Peguam Najib mahu saman presiden Badan Peguam M'sia

Aug 31, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Peguam bela kepada mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan akan memfailkan saman sivil terhadap Presiden Badan Peguam Malaysia.



Dalam satu kenyataan semalam, peguam Encik Hisyam Teh Poh Teik menyifatkan kenyataan Presiden Badan Peguam Malaysia, Cik Karen Cheah, mengenai kelakuannya ketika rayuan Datuk Najib dalam kes rasuah SRC International sebagai fitnah.



Encik Hisyam berkata bahawa Cik Cheah "akan mendengar daripadanya" berhubung kenyataan media yang dibuat presiden itu mengenai kelakuannya sebagai peguam utama dalam rayuan kes SRC International mantan perdana menteri.



"Karen Cheah Yee Lynn, presiden Badan Peguam Malaysia, akan mendengar daripada saya juga.



"Kenyataan akhbar beliau pada 19 Ogos 2022 telah menyerang saya dan pasukan saya dengan sekeras-kerasnya, pendirian yang tidak berniat baik dan sangat memfitnah," katanya.



Juga dilaporkan kelmarin bahawa peguam Datuk Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsinya berkata, mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cik Cheah jika beliau tidak menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf sebelum 2 September.



"Beliau perlu mewajarkan kecamannya di mahkamah," kata Encik Hisyam.



Menerusi surat tuntutan yang dikeluarkan pada 26 Ogos kepada Cik Cheah, ketiga-tiga peguam itu mendakwa kenyataan media berkenaan sebagai "palsu dan berniat jahat" yang mengandungi kenyataan berhubung kelakuan mereka semasa kes rayuan Datuk Najib di Mahkamah Persekutuan.



Mereka mendakwa kenyataan akhbar itu mengandungi beberapa perenggan yang menunjukkan "ia tidak mengambil kira sama ada tuduhan yang diadukan (adalah) benar".



Pada 19 Ogos lalu, Badan Peguam mengeluarkan kenyataan media yang mengecam kelakuan pasukan peguam Datuk Najib semasa pendengaran rayuan mantan perdana menteri itu di mahkamah persekutuan.



Cik Cheah menyifatkan kelakuan peguam Datuk Najib sebagai menyalahgunakan proses mahkamah dan telah mencemarkan nama baik sistem kehakiman, selain mereka harus berdepan tindakan tatatertib.



Beliau berkata walaupun Datuk Najib berhak menggugurkan peguamnya dan melantik peguam baru, tindakan demikian juga bermakna mengambil risiko bahawa mahkamah mungkin tidak membenarkan penangguhan sementara menunggu barisan peguam baru mengambil alih kerana penangguhan itu bukan hak secara automatik.



Cik Cheah berkata, mengenai peguam Datuk Najib, peraturan amalan undang-undang menetapkan bahawa peguam tidak boleh menerima sebarang kes melainkan mereka yakin boleh hadir dan mewakili anak guam pada tarikh perbicaraan yang ditetapkan mahkamah.



Beliau berkata peguam juga mesti berusaha sedaya-upaya untuk bersedia pada tarikh perbicaraan tersebut, mengikut Peraturan 6(a) dan 24(a) Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan dan Etiket) 1978.



Pada akhir Julai lalu, Datuk Najib menggugurkan pasukan peguam yang diketuai oleh Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan melantik peguam daripada firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, serta dari firma guaman yang diketuai peguam Encik Hisyam.



Datuk Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa lalu menolak rayuan untuk membatalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes SRC. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >