Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam Negara Apandi Ali ketuai pasukan M'sia dalam tuntutan semula Pedra Branca

Feb 16, 2017 | 03:08 PM



PUTRAJAYA: Sebuah kumpulan pakar undang-undang antarabangsa dan tempatan telah dibentuk untuk mewakili Malaysia, yang memohon semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Pulau Batu Puteh, yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca.



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pada Khamis (16 Feb) beliau akan mengetuai pasukan tujuh anggota itu, yang termasuk tiga pakar asing.



"Saya mempunyai sebuah pasukan berkaliber yang kepakaran dan pengetahuan mereka setaraf dengan pasukan undang-undang yang mewakili Singapura.



"Saya merahsikan identiti mereka buat masa ini dan akan mengumumkan pasukan saya apabila dekat tarikh perbicaraan," katanya.



Malaysia memohon untuk menyemak keputusan mahkamah antarabangsa itu, yang memberi Pulau Batu Puteh kepada Singapura, berikutan penemuan "beberapa fakta penting".



Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, yang terletak kira-kira 7.7 batu nautika dari Pantai Tanjung Penyusuh di Johor.



Malaysia memfailkan permohonan pada 2 Feb, meminta mahkamah itu menyemak penghakimannya.



Dalam permohonan setebal 42 muka surat, Malaysia menyebut tiga "fakta baru" untuk berhujah bahawa "pegawai Singapura di peringkat tertinggi tidak menganggap Singapura telah memperoleh kedaulatan ke atas Pedra Branca daripada Johor" dalam tahun-tahun selepas 1953.



Singapura baru-baru ini berkata ia telah membentuk sebuah "pasukan terbaik" untuk mengkaji dan memberi respons kepada perkara itu.



Pasukan itu termasuk Peguam Negara Lucien Wong, Profesor S. Jayakumar, Profesor Tommy Koh dan mantan Hakim Besar Chan Sek Keong.



Tan Sri Apandi berkata Malaysia menemui bukti daripada kira-kira 3,000 dokumen yang status rahsianya diubah oleh Kerajaan British pada 2013, yang boleh membantu hujah Malaysia.



"Kami belum diberi satu tarikh (bagi pendengaran) tetapi biasanya proses ini memakan masa. Saya yakin dengan bukti-bukti baru yang akan dibentangkan oleh pasukan yang sangat dihormati, kita boleh mengubah pemikiran ICJ," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >