Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam Negara Malaysia: Tiada alasan periksa semula kes sudah didakwa

Tegaskan tiada tekanan politik untuk mulakan pendakwaan, sebagai respons agar tuduhan mahkamah terhadap pemimpin Bersatu dan PN disemak
Aug 17, 2023 | 01:22 PM



KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) Malaysia menegaskan ia tidak mempunyai alasan atau justifikasi munasabah untuk meneliti semula semua kes yang telah didakwa di mahkamah.


Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat selepas pemeriksaan menyeluruh dan pertimbangan semua bukti yang dikemukakan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang dan mengikut undang-undang berkaitan.

“Tiada campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan sebarang pendakwaan. AGC sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut prosedur dalam memulakan pendakwaan terhadap mana-mana individu,” katanya dalam satu kenyataan, lapor The Star.


Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada gesaan setiausaha agung gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin, agar AGC meneliti semula semua tuduhan mahkamah terhadap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PN.

Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membebaskan presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga pengerusi PN daripada empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta ($68.11 juta) berkaitan projek Jana Wibawa.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Tan Sri Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.

Melalui afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul itu, Tan Sri Muhyiddin berhujah empat tuduhan itu tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah dengan Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.

Tan Sri Idrus berkata keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas perdana menteri itu hanya melibatkan empat tuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata keputusan itu dibuat semata-mata berdasarkan skop permohonan yang difailkan oleh pemohon.

“Notis rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwaan, untuk mencabar kesahihan keputusan itu, manakala tiga lagi pertuduhan (yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin) di bawah Seksyen 4(1) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram Akta 2001, masih kekal,” katanya lagi.


Tan Sri Idrus berkata AGC memandang serius kenyataan yang cenderung menjejaskan kredibilitinya, dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila membuat kenyataan yang mencadangkan atau membayangkan bahawa integriti dan kebebasan AGC telah dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar.

“AGC seterusnya menegaskan bahawa ia bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsinya untuk menegakkan keadilan, selaras dengan kuasa yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >