Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelarian akibat perang Sudan lebihi 3j

Jul 13, 2023 | 02:39 PM



KHARTOUM: Jumlah orang hilang tempat tinggal akibat konflik antara puak tentera di Sudan yang meletus hampir tiga bulan lalu telah melepasi tiga juta, menurut anggaran Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM).


Lebih 2.4 juta orang dipindahkan ke kawasan lain di Sudan manakala lebih 730,000 menyeberang ke negara jiran, menurut data yang diterbitkan pada Selasa.

Kebanyakan merek melarikan diri sama ada dari ibu kota Khartoum – tumpuan perebutan kuasa antara tentera dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera yang tercetus pada 15 April – atau dari Darfur, yang menyaksikan keganasan disasarkan secara etnik melonjak.

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata Sudan boleh terjerumus ke dalam perang saudara kerana usaha pengantaraan serantau dan antarabangsa telah gagal.

“Perang ini tidak akan berakhir dalam masa terdekat,” kata utusan khas PBB, Encik Volker Perthes, di Belgium.

Beliau menambah bahawa beberapa perjanjian gencatan senjata telah dilanggar dan “pada dasarnya telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyusun semula kedudukan mereka”.

Pada Rabu, penduduk melaporkan terdengar bunyi jet pejuang dan tembakan meriam di Omdurman dan Bahri, bahagian ibu kota yang lebih luas.

Pertempuran juga dilaporkan sepanjang beberapa hari lalu antara tentera dan puak pemberontak yang menguasai kawasan Kordofan Selatan dan di kawasan Blue Nile berhampiran sempadan Ethiopia, mencetuskan perpindahan orang awam dari wilayah tersebut.

Akibatnya, sebahagian besar ibu kota itu musnah dan membawa kepada gelombang serangan di Darfur. Orang awam terpaksa berdepan dengan rompakan berleluasa, bekalan elektrik terputus, kekurangan makanan dan air, kemerosotan perkhidmatan kesihatan dan lonjakan keganasan seksual.

Unit membanteras keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak pemerintah Sudan berkata pada Selasa ia telah merekodkan sembilan kes baru serangan seksual di Khartoum, menjadikan jumlah keseluruhan sejak pertengahan April kepada 51, sambil menambah bahawa jumlah sebenar kes mungkin lebih tinggi.

Kebanyakan mangsa menyalahkan pasukan RSF bagi serangan itu, kata unit tersebut, yang dilihat tidak berat sebelah.

RSF menyeru orang awam supaya melaporkan kes sedemikian dan berkata anggotanya yang didapati terlibat dalam penderaan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Selepas berkongsi kuasa dengan orang awam berikutan penggulingan presiden Omar al-Bashir dalam pemberontakan popular empat tahun lalu, tentera dan RSF mengambil alih kawalan penuh dalam rampasan kuasa pada 2021.

Mereka kemudian menjadi bahan bidasan di tengah-tengah pertikaian mengenai peralihan kuasa ke arah pilihan raya.

Usaha antarabangsa untuk menghentikan pertempuran hanya menunjukkan sedikit kemajuan, termasuk rundingan yang dirintis Arab Saudi dan Amerika Syarikat di Jeddah yang ditangguhkan bulan lalu, dan mesyuarat yang diketuai Afrika di Addis Ababa minggu ini. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >