Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

COVID-19: KESAN OMICRON DI SERATA DUNIA

Pelbagai persoalan jenis pelitup 'berkesan' di Malaysia

Pakar: Pelitup tiga lapis memadai untuk lindungi daripada jangkitan Covid-19 jika dipakai dengan betul
Jan 12, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dengan varian Omicron koronavirus Covid-19 diketahui sangat mudah berjangkit, terdapat banyak perbincangan - di alam maya mahupun alam nyata - tentang pelitup yang lebih berkesan.



Dua tahun selepas pandemik Covid-19 melanda, rakyat Malaysia telah menggunakan pelbagai jenis pelitup: pembedahan, kain, pelindung muka, tiga lapis, empat lapis dan sebagainya.



Pakar berkata apabila dipakai dengan betul, pelitup tiga lapis sudah memadai untuk melindungi daripada jangkitan Covid-19.



Seorang pakar epidemiologi dan seorang pakar penyakit berjangkit memberitahu akhbar Malay Mail bahawa isu sebenarnya ialah memakai pelitup sesuai.



"Cukup bagi masyarakat. Tetapi mesti dipakai dengan betul," kata pakar penyakit berjangkit Hospital Sungai Buloh, Dr Yasmin Gani, ketika mengulas mengenai pelitup jenis pembedahan tiga lapis.



"Secara umumnya pelitup serupa disyorkan dan mencukupi dalam masyarakat. Masalahnya ramai memakainya secara tidak betul.



"Terdapat cara untuk menjadikannya lebih berkesan," kata beliau, sambil menambah bahawa pelitup dengan kadar penapisan lebih tinggi biasanya disyorkan bagi penjagaan pesakit.



Dr Yasmin menjelaskan pelitup dengan kadar penapisan lebih tinggi ialah yang mempunyai nilai FFP dua dan ke atas. FFP merujuk kepada penapisan bahagian muka.



Pakar epidemiologi Dr Nirmala Bhoo-Pathy bersetuju, sambil menambah bahawa langkah kebersihan lain, seperti mencuci tangan secara kerap dan menjaga jarak fizikal, juga memainkan peranan penting dalam memerangi Covid-19.



"Saya rasa ia tidak perlu. Pelitup tiga lapis atau dua lapis yang dipasang dengan betul sudah cukup baik.



"Sama penting ialah mencuci tangan, dan mengelakkan ruang sesak atau terkurung," jelas beliau apabila ditanya perlukah menukar kepada pelitup N95 atau jenis lain.



"Orang ramai seolah-olah lupa perkara ini dan mengambil mudah. Kesesuaian pelitup yang baik adalah penting," kata profesor bersekutu di Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan di Universiti Malaya itu.



Media antarabangsa CNN sebelum ini melaporkan beberapa pakar mengatakan sudah tiba masanya menimbangkan semula pelitup kain.



"Pelitup kain lebih sebagai hiasan muka. Ia tiada peranan dalam memerangi Omicron," kata Penganalisis Perubatan CNN, Dr Leana Wen, yang juga seorang doktor kecemasan dan profesor pelawat dasar dan pengurusan kesihatan di Sekolah Kesihatan Awam Institut Milken, Universiti George Washington.



Beliau menambah bahawa sebaik-baiknya pelitup jenis KN95 atau N95 dipakai di tempat sesak, bagi penapisan lebih baik.



Pada Mei tahun lalu, apabila jangkitan varian baru dan lebih agresif virus Covid-19 ditemui di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menasihatkan rakyat supaya mengambil langkah keselamatan tambahan apabila berada di kawasan awam berisiko tinggi, seperti hospital.



"Adalah disyorkan supaya memakai pelitup berganda dan pelindung muka di tempat berisiko tinggi seperti hospital," katanya.



Pelitup berganda disyorkan semata-mata untuk membantu menutup celah yang biasanya terbuka dibahagian tepi apabila memakai pelitup pembedahan.



Itulah sebabnya pakar mencadangkan menggunakan pelitup kain di atas pelitup pembedahan pada tahun lalu.



Kini terdapat pelitup yang rapat dan rata di muka. Dengan itu, tidak perlu memakai pelitup kain di atasnya.




"Saya rasa ia (menukar kepada pelitup N95 atau jenis lain) tidak perlu. Pelitup tiga lapis atau dua lapis yang dipasang dengan betul sudah cukup baik. Sama penting ialah mencuci tangan, dan mengelakkan ruang sesak atau terkurung. Orang ramai seolah-olah lupa perkara ini dan mengambil mudah. Kesesuaian pelitup yang baik adalah penting."
- Pakar epidemiologi Profesor Dr Nirmala Bhoo-Pathy, daripada Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan di Universiti Malaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >