Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelepasan air radioaktif Fukushima: Seoul yakinkan makanan laut selamat dimakan

Aug 29, 2023 | 02:50 PM



SEOUL: Pemerintah Korea Selatan dan ahli politik kini giat menyakinkan orang ramai bahawa makanan laut selamat untuk dimakan, di tengah-tengah kebimbangan langkah Tokyo melepaskan air yang telah dirawat di timur laut Jepun mungkin menjejaskan mutu makanan laut yang diperolehi dari perairan Semenanjung Korea.


Lewat minggu ini, Parti Kuasa Rakyat yang memerintah, Persekutuan Koperasi Perikanan Kebangsaan dan penyedia khidmat makanan termasuk Samsung Welstory, Ourhome, Hyundai Green Food dan CJ Freshway menyatakan mereka akan bergabung tenaga untuk menggalakkan peningkatan pemakanan makanan laut di rumah dan dalam perkhidmatan makanan korporat.

Ini berikutan langkah pejabat presiden di daerah Yongsan Seoul pada Ahad mengumumkan rancangan menghidangkan makanan laut Korea di kafeterianya untuk semua kakitangan. Makanan laut Korea akan dihidangkan setiap hari sepanjang minggu ini.

Jenis makanan laut yang dihidangkan termasuk ikan kembung, tenggiri, belut laut, cucur laut, rumpai laut berserta abalon. Beberapa hidangan akan menampilkan ikan mentah.

Makanan laut akan terus disediakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu, bermula pada September.

Jurucakap pejabat presiden berkata makanan laut turut dihidangkan pada mesyuarat makan tengah hari biasa Presiden Encik Yoon Suk-yeol dan Perdana Menteri Encik Han Duck-soo pada Isnin.

Ini adalah selaras dengan pengumuman minggu sebelumnya bahawa syarikat binaan kapal HD Hyundai dan penyedia perkhidmatan makanannya Hyundai Green Food, menandatangani memorandum persefahaman pada 22 Ogos yang membolehkan 55,000 pekerja HD Hyundai memakan sekitar 100,000 kilogram ikan kembung dan abalon yang ditangkap di perairan Korea menjelang akhir tahun.

Pada Rabu, Menteri Kelautan dan Perikanan, Encik Cho Seung-hwan dan pengerusi Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea, Encik Koo Ja-yeol bertemu untuk meneroka cara mendapatkan lebih banyak perkhidmatan makanan syarikat Korea Selatan termasuk makanan laut Korea.

Ini berikutan pertemuan Encik Cho dengan Encik Chey Tae-won, yang mengetuai Dewan Perniagaan dan Industri Korea pada awal Ogos.


Encik Sung mengetuai usaha penyelarasan antara penyedia perkhidmatan makanan dan pemerintah.


Jurucakap Kementerian Pertahanan berkata operasi perkhidmatan makanannya ditentukan setiap tahun dan ia hanya menyajikan makanan laut Korea mengikut pelan tahunan yang telah disediakan.


Kementerian Kelautan dan Perikanan telah memperuntukkan bajet sekurang-kurangnya 64 bilion won ($64 juta) sepanjang 2023 untuk merangsang penggunaan makanan laut dalam kalangan rakyat Korea Selatan.

Pada Khamis, Seoul juga membayangkan untuk menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi makanan laut Korea di kedai dan pasar dalam talian sehingga akhir 2023. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >