Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelihara Everest daripada dicemari sampah: Pendaki

May 31, 2023 | 05:57 PM



KATHMANDU: Seorang pemandu mendaki gunung yang terkenal, yang baru-baru ini berhasil mendaki Gunung Everest dan dua puncak berdekatan dalam masa kurang tiga minggu, berkata pada Selasa bahawa Nepal perlu memperbaiki kaedah mengawal sekitaran gunung tertinggi di dunia itu daripada dicemari sampah-sarap.


Encik Garrett Madison, 44 tahun, yang berjaya mendaki gunung Everest setinggi 8,849 meter buat kali ke-13 pada minggu lalu, berkata sekitaran khemahnya bersepah dengan khemah koyak, bekas bungkusan makanan dan botol oksigen kosong yang dibuang sembarangan oleh para pendaki.

“Kita perlu mencari cara yang lebih baik untuk mengangkut sampah di kaki gunung,” kata Encik Madison di ibu kota Nepal, Kathmandu, sekembalinya dari pergunungan itu.

“Kita perlu mengadakan kaedah pengawasan yang lebih baik, untuk memastikan setiap kumpulan membawa turun sampah-sarap mereka.”

Setiap pendaki diwajibkan membawa sampah sarap mereka ketika turun dan boleh mendapatkan semula wang deposit mereka sebanyak AS$4,000 ($5,400) daripada pemerintah.

Tetapi penganjur pengembara dan pegawai pendaki berkata untuk memantau khemah di ketinggian hampir 8,000 meter itu adalah suatu hal yang sukar dan tidak mungkin dapat dilakukan.

Pihak penguasa mengangkut 13 tan sampah-sarap dari gunung Everest dan puncak yang berdekatan Lhotse pada 2023 sebagai sebahagian daripada kempen menjaga kebersihan pergunungan itu.

Walaupun bimbang tentang sampah-sarap itu, Encik Madison, pemilik syarikat pendakian gunung yang berpangkalan di Seattle, Amerika Syarikat, berkata mendaki gunung di Nepal, yang mempunyai 14 gunung tertinggi di dunia, mempunyai masa depan yang cerah.

“Nepal adalah Switzerland Asia dan berpotensi memajukan kegiatan mendaki gunung,” katanya sambil menambah bahawa negara itu mempunyai perkhidmatan helikopter darurat yang baik bagi pendaki berbanding Pakistan dan Tibet, dengan enam lagi puncak tertinggi terdapat di sana.

Kegiatan mendaki gunung memberi Nepal pendapatan lumayan, yang mengeluarkan 478 permit bagi pendakian gunung Everest pada Mac dan Mei 2023, dengan setiap permit berharga AS$11,000.

Sementara ratusan orang melakukan pendakian dalam musim ini, 12 daripada mereka mati dan lima hilang di lereng gunung itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >