JAKARTA: Polis Halmahera Utara menetapkan seorang penganjur pendakian dikenali sebagai Reza Selang sebagai suspek dalam kes kematian tiga pendaki, termasuk dua warga Singapura, ketika letusan Gunung Dukono awal bulan Mel ini.

Suspek berusia 35 tahun itu didakwa melakukan kecuaian kerana menganjurkan pendakian secara haram walaupun laluan ke gunung berapi aktif tersebut telah ditutup secara rasmi sejak 17 April lalu susulan peningkatan aktiviti gunung berapi.