HALMAHERA UTARA: Seorang pemandu pendakian Indonesia yang membawa sekumpulan pendaki ke Gunung Dukono menceritakan detik cemas apabila mereka terperangkap dalam letusan gunung berapi itu pada 8 Meil lalu, yang mengorbankan tiga pendaki termasuk dua warga Singapura.

Encik Reza Selang berkata beliau terselamat daripada dihempap batu besar yang dimuntahkan dari kawah gunung berapi itu, namun, batu tersebut menghempap dua pendaki lain yang berada betul-betul di sebelahnya.