Selama dua hari yang penuh resah, keluarga Encik Timothy Heng tidak pernah berputus harapan bahawa beliau terselamat di cerun curam Gunung Dukono – sebuah gunung berapi di Halmahera, Indonesia, yang memuntahkan lahar pada 8 Mei.

Harapan mereka berakar pada kemungkinan lelaki 30 tahun itu sekadar cedera, menanti diselamatkan, sementara pasukan pencari Indonesia gigih melawan hujan, selimut abu tebal, dan ancaman letusan susulan yang sentiasa menghantui operasi di puncak gunung.