Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERGOLAKAN DI SRI LANKA

Pemangku presiden Sri Lanka isytihar darurat bagi pulihkan ketenteraman

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Pemangku Presiden Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, mengisytiharkan darurat di negara itu, menurut satu notis pemerintah yang dikeluarkan lewat kelmarin, sedang pentadbirannya berusaha meredakan kekacauan sosial dan menangani krisis ekonomi yang mencengkam negara pulau itu.



Pemimpin Sri Lanka itu telah mengeluarkan perintah darurat beberapa kali sejak April, apabila bantahan awam berlaku terhadap pengendalian pemerintah terhadap krisis ekonomi yang semakin mendalam dan kekurangan keperluan asas yang berterusan.



"Ia adalah wajar untuk dilakukan, demi kepentingan keselamatan awam, perlindungan ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat," kata pemberitahuan itu.



Encik Wickremesinghe telah mengumumkan keadaan darurat minggu lalu, selepas mantan presiden negara itu, Encik Gotabaya Rajapaksa, meninggalkan negara melarikan diri daripada pemberontakan rakyat terhadap pemerintahnya.



Tidak jelas sama ada perintah itu telah ditarik balik atau telah luput, atau sama ada Encik Wickremesinghe telah mengeluarkan semula perintah itu dalam kapasitinya sebagai pemangku presiden, setelah mengangkat sumpah pada 15 Julai.



Peruntukan undang-undang khusus darurat itu belum diumumkan pemerintah tetapi peraturan darurat sebelum ini telah digunakan untuk mengerahkan tentera untuk menangkap dan menahan penduduk, menggeledah harta persendirian dan meredakan bantahan awam.



Ibu kota komersial negara itu, Colombo, kekal tenang pagi semalam, dengan lalu lintas dan pejalan kaki keluar di jalanan.



Penyelidik kanan di Pusat Alternatif Dasar, Encik Bhavani Fonseka, berkata mengisytiharkan keadaan darurat telah menjadi tindak balas pertama pemerintah.



"Ini telah terbukti tidak berkesan pada masa lalu," katanya kepada agensi berita Reuters.



Peletakan jawatan Encik Rajapaksa telah diterima Parlimen pada Jumaat lalu.



Beliau terbang ke Maldives dan kemudian ke Singapura selepas ratusan ribu penunjuk perasaan antipemerintah keluar ke jalan raya Colombo seminggu lalu dan menduduki kediaman rasmi dan pejabatnya.



Parlimen Sri Lanka bermesyuarat Sabtu lalu untuk memulakan proses memilih presiden baru.



Selain itu, penghantaran bahan tenaga tiba untuk memberikan sedikit kelegaan kepada negara yang dilanda krisis itu.



Di bawah Perlembagaan Sri Lanka, Perdana Menteri Encik Wickremesinghe secara automatik dilantik sebagai pemangku presiden berikutan peletakan jawatan Encik Rajapaksa, dan kini menjadi calon utama untuk menggantikannya secara kekal dalam undian Parlimen minggu ini nanti. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >