Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI MALAYSIA

Pembangkang Malaysia gesa kerajaan Pahang kaji pembalakan haram

Jan 05, 2022 | 05:30 AM



KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang digesa pihak pembangkang supaya menjalankan siasatan segera berhubung perkara yang didakwa sebagai kegiatan pembalakan haram dan tidak terkawal di negeri itu.



Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang, Encik Wan Fauzuldin Wan Samad, berkata isu pembalakan sama ada berlesen atau tidak sering dibangkitkan supaya ia dapat dikawal dan dipandang serius oleh pihak berkuasa.



"Baru-baru ini... kayu balak yang bertaburan dihanyutkan air sehingga berlonggok di sungai, menambahkan lagi kesan buruk banjir apabila aliran sungai terhalang oleh kayu balak dan cebisan kayu.



"Satu contoh berlaku di Telemong," katanya dalam satu kenyataan kelmarin seperti yang dipetik The Star.



Encik Wan Fauzuldin berkata kayu balak itu juga terapung sehingga terkena kawasan rumah, seperti yang berlaku di Karak.



"Kami meminta kerajaan negeri menjalankan siasatan segera dengan lebih telus dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan, yang terbukti telah melanggar peraturan dan undang-undang dalam kegiatan pembalakan," tambahnya.



Lebih dua minggu lalu, tujuh negeri Malaysia termasuk Pahang, dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur, dilanda banjir meluas berikutan hujan lebat selama tiga hari bermula pada 17 Disember.



Gambar di media sosial menunjukkan beberapa batang balak besar dibawa air banjir surut di depan sebuah rumah di Pahang.



Satu lagi gambar di media sosial menunjukkan sebatang kayu balak besar bersarang di atas bumbung rumah lain.



Terdapat khabar angin tentang penglibatan diraja dalam kegiatan pembalakan yang membawa kepada kejadian itu.



Anggota Parlimen (AP) pembangkang, Encik Khalid Samad, kelmarin meminta Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menangani dakwaan bahawa kegiatan pembalakan di Pahang, kononnya ada kaitan dengan keluarga diraja, telah menyumbang kepada banjir teruk baru-baru ini.



Sultan Abdullah ialah ketua keluarga diraja Pahang.



"Saya dengan ikhlas memohon agar Tuanku (Sultan Abdullah) membersihkan nama baik Baginda dengan membuat kenyataan dan menjauhkan Baginda daripada mereka yang menggunakan nama Baginda demi kepentingan mereka sendiri," kata Encik Khalid, AP daripada parti pembangkang Parti Amanah Negara (Amanah).



"Saya memohon agar Tuanku juga menitahkan supaya tindakan diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan nama Baginda dan semua kegiatan pembalakan yang merosakkan alam sekitar dihentikan serta-merta," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >