Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemeriksaan ketat di Rafah lengahkan kiriman bantuan kemanusiaan ke Gaza

Oct 27, 2023 | 11:59 AM



WASHINGTON: Pemeriksaan yang terlalu ketat ke atas trak di persimpangan Rafah dari Mesir ke Gaza, telah memperlahankan aliran bantuan kemanusiaan, sedang penduduk Palestin di jaluran itu menderita kelaparan, kata Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia, Cik Cindy McCain, memberitahu agensi berita Reuters pada Khamis.


Lintasan Rafah, yang dikawal oleh Mesir dan tidak bersempadan dengan Israel, telah menjadi titik utama penyampaian bantuan, sejak Israel mengenakan “pengepungan menyeluruh” ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan Hamas dari jalur pantai pada 7 Oktober lalu.

Amerika Syarikat mengetuai rundingan dengan Israel, Mesir dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk cuba mewujudkan mekanisme penyampaian bantuan yang berterusan ke Gaza.

Mereka bertelagah mengenai prosedur untuk memeriksa bantuan dan pengeboman di sebelah sempadan Gaza.

“Kami telah mendapat beberapa trak yang masuk,” kata Cik McCain dalam satu temu bual.

“Kami perlu mendapatkan jumlah yang besar. Kami memerlukan akses selamat dan tidak terkawal ke Gaza, supaya kami boleh memberi makan dan memastikan orang ramai tidak mati kelaparan, kerana itulah yang berlaku,” katanya.

Walaupun terdapat beberapa penghantaran makanan, air dan ubat-ubatan yang terhad sejak Sabtu, bahan api tidak dibenarkan masuk.

Israel bimbang tentang kemungkinan penghantaran bahan api dialihkan ke tempat lain oleh kumpulan Hamas.

Tiga trak dari Program Makanan Sedunia (WFP) yang membawa kira-kira 60 tan makanan - cukup untuk memberi makan kepada 200,000 orang untuk sehari - memasuki Gaza pada hari Sabtu.

Kemudian, satu lagi trak tambahan WFP telah melintasi perbatasan itu, menurut agensi bantuan itu.

Bulan Sabit Merah Palestin berkata pada Khamis, ia telah menerima 74 trak bantuan.

Purata harian trak yang dibenarkan masuk ke Gaza sebelum pertempuran adalah kira-kira 500, kata jurucakap PBB, Cik Stephane Dujarric pada Khamis.

Agensi PBB yang memberikan bantuan kepada orang awam Palestin, Agensi Bantuan dan Perkhidmatan bagi Pelarian Palestin PBB (UNRWA), hampir kehabisan rizab bahan apinya dan telah mula mengurangkan operasinya.

Cik McCain, yang melawat Mesir dan bertemu dengan pegawai, berkata setiap trak perlu menurunkan muatannya di pusat pemeriksaan untuk pemeriksaan, kemudian memuatkannya semula apabila pemeriksaan selesai.

“Birokrasi itu gila,” kata Cik McCain, sambil menambah bahawa walaupun beliau memahami pemeriksaan diperlukan untuk memastikan senjata dan peluru tidak diseludup, ia sepatutnya lebih mudah untuk mendapatkan makanan.

Pemerintah Mesir tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Pegawai Amerika, termasuk Duta Khas David Satterfield, yang berada di wilayah itu, sedang berusaha untuk memperbaiki proses itu, kata jurucakap Jabatan Negara, Encik Matthew Miller kepada pemberita pada Khamis.

“Kami perlu mempercepatkan proses pemeriksaan, dan kami sedang berusaha untuk melakukannya,” kata Encik Miller.

WFP perlu mengumpul $100 juta untuk memberi makan kepada lebih sejuta orang di Gaza hingga akhir tahun ini, kata Cik McCain, di tengah-tengah krisis yang semakin meluas.

Usaha membiayai bantuan kemanusiaan ini perlu disebabkan pelbagai kecemasan di seluruh dunia, termasuk kenaikan harga makanan akibat perang Russia di Ukraine dan apa yang disebut Cik McCain sebagai “keletihan penderma.”

Ketika berada di Washington untuk bertemu para pegawai dan penggubal undang-undang Amerika, Cik McCain berkata beliau telah mendengar kebimbangan bahawa bantuan boleh dialihkan oleh kumpulan Hamas.

Tetapi Cik McCain berkata WFP mempunyai sistem untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukannya.

“Ia adalah zon perang. Perkara akan berlaku. Jadi saya tidak boleh mengatakan 100 peratus bahawa tiada apa yang akan berakhir di tangan orang jahat. Tetapi kami akan melakukan segala-galanya untuk memastikan ia tidak berlaku. ,” ujar beliau. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >