Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah baru Palestin dibentuk, diragui penduduk sendiri

Apr 01, 2024 | 01:48 PM



RAMALLAH (Palestin): Pemerintah baru Palestin, yang merangkumi warga Gaza dan empat wanita, telah mengangkat sumpah pada Ahad 31 Mac, tetapi sudah berdepan dengan keraguan daripada rakyatnya sendiri.


Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Encik Mahmud Abbas, berada di bawah tekanan dari Washington, supaya bersiap sedia untuk melangkah ke hadapan berikutan perang Gaza dan melakukan reformasi.

Perdana Menteri yang baru dilantik, Encik Mohammed Mustafa, berkata keutamaan pemerintahnya adalah menamatkan perang sambil membentuk pasukan barunya.

Beliau berkata kabinetnya “akan membentuk visi untuk menyatukan semula institusi, termasuk memikul tanggungjawab terhadap Gaza”.

Presiden Abbas, 88 tahun, didesak oleh Amerika Syarikat supaya menggegarkan pihak berkuasa yang bermasalah agar dapat menyatukan semula Tebing Barat yang diduduki dan Jaluran Gaza yang musnah, di bawah satu pemerintahan selepas perang.

Pihak Berkuasa Palestin hampir tidak mempunyai pengaruh ke atas Jaluran Gaza, sejak pertubuhan Hamas mengambil alih kuasa di sana pada 2007 daripada parti Fatah pimpinan Encik Abbas.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menggesa Presiden Abbas supaya mewujudkan “pembaharuan pentadbiran” apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu pada Januari.

Pentadbiran Presiden Abbas yang berpangkalan di Ramallah, telah dihalang oleh pendudukan Israel selama beberapa dekad di Tebing Barat dan keadaannya sendiri yang tidak begitu popular.

Encik Mustafa, seorang ahli ekonomi dan penasihat lama kepada Presiden Abbas, berkata “pembinaan semula” Palestin adalah matlamat utamanya, dengan Gaza hancur selepas enam bulan pengeboman Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan 7 Oktober.

Kabinet barunya dianggotai 23 menteri termasuk empat wanita dan enam menteri dari Gaza.

Antaranya termasuk bekas Datuk Bandar Gaza, Encik Maged Abu Ramadan, yang telah diberikan portfolio kesihatan.

Antara wanita baru yang menganggotai Kabinet ialah Cik Varsen Aghabekian, ahli akademik Palestin-Armenia, yang akan bekerja bersama Encik Mustafa dalam kementerian luar, yang turut dikuasainya.

Ramai yang meragui sama ada Pihak Berkuasa Palestin – yang telah dibelenggu oleh perpecahan, skandal rasuah dan kecenderungan autoritarian pemimpinnya yang semakin tua – boleh menjadi pemain yang boleh dipercayai dalam sebarang perjanjian masa depan.

Encik Ali Jarbawi, bekas menteri dalam Penguasa Palestin dan saintis politik, berkata ia menghadapi cabaran besar dalam semua bidang.

“Ia perlu diterima oleh kedua-dua puak Palestin-Fatah yang mengawal Tebing Barat dan Hamas di Gaza.

“Ia memerlukan ufuk politik daripada masyarakat antarabangsa dan komitmen terhadap penyelesaian dua negara,” kata Encik Jarbawi.

Anggota kanan Hamas, Encik Bassem Naim, mengkritik dasar Presiden Abbas.

Bercakap kepada AFP, beliau berkata Hamas “mencadangkan dialog nasional dan membina semula sistem politik... tetapi (Presiden) Abbas menghalang semua percubaan ini”.


“Kami tahu betul, bahawa mana-mana menteri atau mana-mana pemerintah Palestin tidak akan masuk tanpa kelulusan Amerika atau Israel”, kata penduduk Ramallah, Encik Suleiman Nassar, 56 tahun. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >