Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah bayangan Myanmar kumpul $132j bagi guling junta

Jan 17, 2023 | 05:30 AM



YANGON: Pemerintah bayangan Myanmar, Pemerintah Perpaduan Nasional, berkata ia telah mengumpul lebih AS$100 juta ($132 juta) bagi membiayai usaha demokrasinya dan mengguling junta negara itu.



Kira-kira 45 peratus daripada dana itu adalah daripada penjualan Bon Perbendaharaan Khas Revolusi Musim Bunga, menurut Encik Tin Tun Naing, menteri bayangan bagi perancangan, kewangan dan pelaburan.



Hutang itu adalah tanpa faedah dan jumlah pokoknya akan dibayar balik hanya apabila usaha demokrasi berjaya.



Dana juga diperoleh melalui lelong hartanah berkaitan tentera. Walaupun pembeli tidak akan mendapat akses segera kepada hartanah yang telah mereka bida itu dan bayar dengan jayanya, Pemerintah Perpaduan Nasional berjanji pelabur akan diberikan aset tersebut selepas pemerintahan junta berakhir.



Antara aset hartanah itu ialah dua rumah mewah ketua junta Jeneral Min Aung Hlaing dan hartanah yang dirampas tentera, kata Encik Tun Naing pada satu taklimat media kelmarin.



Dana itu akan "digunakan dengan berkesan dalam pelbagai sektor" untuk memastikan hasil positif daripada perjuangan demokrasi dalam masa kira-kira setahun, katanya.



Pemerintah bayangan itu tidak lama lagi akan membenarkan Tawaran Syiling Permulaan bagi meletakkan mata wang kripto di tengah-tengah rancangan kewangannya, sambil menerima deposit tetap dalam bentuk pemindahan wang dan deposit kripto dalam bank yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Encik Tun Naing.



"Bagi memastikan revolusi membuahkan hasil dalam satu tahun, kami akan menggunakan blockchain dan mata wang kripto untuk menubuhkan Spring Development Bank menjelang akhir bulan depan," katanya.



Sesiapa berminat membiayai pemerintah itu digalak menggunakan fungsi perbankannya, yang akan tersedia pada suku pertama tahun ini, ujar beliau.



Kumpulan itu sebelum ini cuba mendapatkan akses kepada dana AS$1 bilion yang dibekukan oleh Amerika Syarikat sejak Februari 2021, apabila angkatan tentera Myanmar menggulingkan pemerintah awam.



Sekutu pemimpin yang digulingkan, Cik Aung San Suu Kyi, membentuk pemerintah bayangan itu, yang kekal yakin ia boleh menguasai semula seluruh negara tidak lama lagi.



Cik Suu Kyi, pemenang Hadiah Nobel berusia 77 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 33 tahun selepas didapati bersalah bagi pelbagai tuduhan jenayah, termasuk rasuah dan menghasut pertentangan pendapat terhadap tentera.



Pemerintah bayangan memperoleh tiga bilion kyat ($1.89 juta) daripada kutipan cukai di 38 daripada 330 perbandaran di seluruh Myanmar yang dikuasai kumpulan penentang.



Ia juga akan melaksana program di mana hasil sumber asli dan sektor perlombongan akan digunakan untuk membina platform crowdfunding, kata Encik Tun Naing.



"Pelabur kami sedar mereka akan mendapat manfaat hanya jika revolusi ini berjaya, tetapi mereka terus melabur dalam projek kami kerana mereka yakin," katanya, sambil menyebut tentang seorang individu tidak dinamakan yang menyumbang AS$6 juta kepada rancangan pemerintah itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >