Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin dunia berhimpun bagi Sidang Puncak G20, keselamatan diperketat di Bali

Nov 14, 2022 | 05:58 PM



Melaporkan Dari Bali



PARA pemimpin negara-negara terbesar dunia tiba di pulau peranginan Bali, Indonesia untuk menghadiri Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) yang akan berlangsung pada Selasa (15 Nov) dan Rabu.



Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, Presiden China, Encik Xi Jinping; Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau dan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron sudah tiba di Bali bagi menyertai puncak terpenting itu. Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak dan Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi akan juga hadiri sidang itu.



Presiden Russia, Encik Vladimar Putin, yang masih bergelumang dengan Perang di Ukraine, tidak hadir. Beliau akan diwakili Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov. 



Encik Biden tiba di Bali malam Ahad dari Kemboja selepas menghadiri Sidang Puncak Asean dan Asia Timur, menggunakan pesawat Air Force One di Terminal VVIP di Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai.



Beliau disambut dengan tarian Bali sebelum menggunakan kereta Presiden dikenali sebagai, The Beast, untuk ke hotel. Pada Isnin, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Encik Joko 'Jokowi' Widodo.



Operasi keselamatan dikenali sebagai ‘Operasi Puri Agung’ menyaksikan lebih 18,000 pegawai tentera dan polis dikerah ke kawasan Nusa Dua di Bali, yang menjadi lokasi Sidang Puncak G20 itu.



Sebanyak 12 kapal perang, empat jet pejuang dan 13 helikopter juga digembleng bagi operasi itu.



Trafik menjadi sesak apabila sebahagian jalan raya ditutup untuk membolehkan konvoi pemimpin negara tiba di pulau itu.



Selain kamera merakam wajah, ratusan kamera merakam gerakan manusia dan 1,700 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan itu.



Selain itu, seramai 1,500 pegawai bersiap sedia untuk dikerah bagi menyokong operasi keselamatan jika terdapat kejadian kecemasan termasuk gempa bumi dan banjir.



“Polis Indonesia telah mengenal pasti pelbagai jenis ancaman yang boleh berlaku. Polis juga telah juga membentuk pasukan bertindak untuk menangani pelbagai ancaman ini dan kami bersedia untuk menjaga keselamatan di sekitar Sidang Puncak G20,’’ kata jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Dedi Prasetyo.



Selain aspek keselamatan, pandemik Covid-19 yang masih menular turut mendapat perhatian.



Wartawan yang memasuki kawasan acara dan pusat media di Hotel Westin perlu menjalani ujian Covid-19 selama 24 jam sebelum memasuki kawasan itu.



Khemah-khemah disediakan khusus bagi para delegasi termasuk 2,000 wartawan antarabangsa yang membuat liputan bagi sidang itu.



Tetapi, segala prosedur dibuat dengan amat teratur dan berkesan.



Dengan layanan mesra pegawai Indonesia dari lapangan terbang hingga ke pusat media, ia memudahkan para wartawan untuk membuat liputan bagi sidang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >