Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin dunia hadiri Perhimpunan Agung PBB, bertema kepercayaan, perpaduan sejagat

Sep 20, 2023 | 12:00 PM



NEW YORK: Lebih 150 pemimpin dunia sedang berkumpul di sini bagi sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga), dengan isu perbincangan utamanya termasuk krisis bekalan makanan di seluruh dunia, lonjakan harga bahan makanan, pemanasan sejagat serta konflik antara Ukraine dengan Russia.


Dalam ucaptamanya pada Rabu, presiden sesi itu, Encik Dennis Francis, menggesa dunia supaya memberi tumpuan kepada pemulihan kepercayaan dan perpaduan sejagat dalam masa mencabar sekarang dan menekankan pentingnya negara-negara bersatu untuk menangani cabaran global.

Tema sesi kali ini ialah Membina Semula Kepercayaan dan Menghidupkan Semula Perpaduan Sejagat: Mempercepat Tindakan Agenda 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke Arah Keamanan, Kemakmuran, Kemajuan dan Kemampanan Untuk Semua.

Ia memberi fokus pada mendapatkan semula momentum dan mempercepat tindakan ke arah pembangunan mampan.

Tema tersebut memberi penekanan pada negara-negara anggota agar mengambil tindakan bersepadu bagi mencapai keamanan dan keselamatan, memberi insentif terhadap kepimpinan berani dan tegas dalam memerangi perubahan iklim.

Empat pemimpin daripada lima anggota tetap Majlis Keselamatan – Presiden Russia, Encik Vladimir Putin; Presiden China, Encik Xi Jinping; Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain, Encik Rishi Sunak – tidak menghadiri perhimpunan itu atas alasan tugas negara masing-masing.

Encik Putin tidak hadir kerana risiko ditahan apabila berada di luar negara, manakala pemimpin China memang tidak pernah hadir.

Dalam ucapannya, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, yang juga satu-satunya pemimpin anggota tetap Majlis Keselamatan yang hadir, menggesa dunia supaya menentang pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskyy, mengulangi pendirian negaranya untuk membawa keamanan di Ukraine.

Unga ialah mesyuarat tahunan PBB, yang dianggotai 193 negara dan dua negara pemerhati. Ia lazimnya dihadiri ketua pemerintah, ketua negara atau wakil mereka untuk berbincang pelbagai isu dan perkara yang menjadi kepentingan sejagat. Mereka juga menyampaikan kenyataan negara masing-masing.

Unga di New York, yang bermula secara rasmi pada Selasa dan berlangsung seminggu, siap memberi tumpuan kepada usaha meneruskan 17 SDG, antara lain bagi menangani kemiskinan, kelaparan, pendidikan serta penjagaan kesihatan.

Dalam laporan “keadaan dunia” yang dikeluarkan sebelum perbahasan umum tahun ini, Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, memberi amaran bahawa dunia semakin tidak stabil.

“Ketegangan geopolitik semakin meningkat. Cabaran sejagat semakin meningkat. Dan kita nampaknya tidak mampu bersatu untuk bertindak balas,” kata Encik Guterres.

Beberapa pemimpin Islam yang berucap mengecam Barat berhubung kejadian membakar Al-Quran, menyifatkan tindakan yang dilindungi di bawah kebebasan bersuara itu sebagai diskriminasi.

Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, berkata dalam ucapannya:

“Mentaliti yang menggalak serangan mengerikan terhadap Al-Quran di Eropah, dengan membenarkan mereka yang bertopengkan kebebasan bersuara, pada dasarnya menggelapkan masa depan (Eropah) sendiri melalui tangannya sendiri.”

Sambil menjulang Al-Quran, Presiden Iran, Encik Ebrahim Raisi, berkata: “Api perasaan tidak menghormati tidak akan mengatasi kebenaran.”

Beliau juga berkata Amerika harus menunjukkan “ketulusan dan tekad” untuk memulihkan pakatan nuklear Teheran 2015. Ini kerana rundingan tidak langsung yang berlarutan antara pihak terlibat belum menghasilkan huraian.

Mantan Presiden Amerika, Encik Donald Trump, membatalkan perjanjian itu pada 2018 atas alasan ia terlalu menguntungkan Teheran.

Akibat tindakan itu, sekatan ketat dikenakan semula ke atas Iran, memaksa Teheran melanggar syarat nuklear yang telah dipersetujui. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >