Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin dunia lahir rasa lega, ucap tahniah

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



BANGKOK: Pemimpin dan bintang bola sepak dunia turut melahirkan rasa lega dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan menyelamatkan kanak-kanak anggota sebuah pasukan bola sepak dan jurulatih mereka yang terperangkap di sebuah gua di Thailand.



Mereka, termasuk Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, memuji kerjasama penyelamat dari Thailand dan beberapa negara lain dalam melaksana operasi menyelamat yang berbahaya itu.



Presiden Halimah berkata melalui Facebooknya bahawa beliau "mengikuti pengalaman pahit getir itu dengan teliti dan amat tersentuh oleh pertunjukan luar biasa kekuatan dan kemanusiaan sepanjang kejadian ini".



"Limpahan bantuan, daripada penyelamat dan sukarelawan antarabangsa, yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk berbuat demikian, kepada orang biasa yang memasak dan membasuh pakaian bagi para penyelamat, dan mengorbankan tanaman mereka supaya air dapat dipam keluar dari gua itu ke ladang mereka - menjadi bukti.



"Sebagai seorang ibu, saya berkongsi kelegaan dan kegembiraan yang dirasakan ibu bapa itu apabila anak mereka diselamatkan. Saya harap mereka akan disatukan semula dengan anak-anak mereka tidak lama lagi," kata Presiden Halimah.



Encik Lee menulis dalam Facebooknya pula berkata: "Gembira dan lega 12 kanak-kanak lelaki Thai dan jurulatih bola sepak mereka telah berjaya diselamatkan dari gua Tham Luang!



"Operasi rumit ini satu paparan luar biasa kekuatan semangat manusia. Ini sebuah kisah mengagumkan mengenai apa yang dapat dicapai oleh negara dan kumpulan berbeza dengan bekerja bersama."



Beliau berharap semua kanak-kanak itu dan jurulatih mereka pulih dengan lancar dan cepat.



"Tidak lupa juga penyelamat dan sukarelawan Thai dan antarabangsa yang menyumbang kepada operasi besar ini, termasuk Pegawai Kecil Kelas Pertama Saman Gunan, yang secara sedih mengorbankan nyawanya semasa menyampaikan tangki oksigen ke dalam gua itu."



Menurut AFP, Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, antara yang pertama mengucapkan tahniah kepada pasukan Seal Angkatan Laut Thailand yang menerajui misi menyelamat itu.



"Bagi pihak Amerika Syarikat, tahniah kepada Seal Angkatan Laut Thailand dan semua kerana berjaya menyelamatkan 12 budak lelaki dan jurulatih mereka dari gua berbahaya di Thailand," kata Encik Trump.



"Saat yang sangat indah - semua diselamatkan, usaha hebat!"



Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, berkata dunia melihat dan "akan menyanjung keberanian semua yang terlibat".



Bintang Piala Dunia Perancis Paul Pogba pula mendedikasikan kemenangan 1-0 pasukan itu ke atas Belgium dalam separuh akhir kepada 12 kanak-kanak Thai bergelar Wild Boars itu.



Beliau menulis menerusi Twitter: "Kemenangan ini buat wira hari ini, syabas budak-budak, awak sungguh kuat."



Bos Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino, menjemput pasukan bola sepak Wild Boars ke final Piala Dunia di Moscow hujung final ini sebagai "tetamu kami", tetapi kanak-kanak itu tidak dapat pergi disebabkan faktor perubatan.



Bintang sepak bola Jerman Toni Kroos dan Mesut Ozil juga merayakan kejayaan itu dengan menyifatkannya melalui Twitter sebagai "berita sangat baik".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >